Pertandingan ini diadakan bagi memenuhi masa lapang orang
ramai [Rakyat Malaysia] semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sebagai
lanjutan kepada Pertandingan Menulis Ulasan Buku (21–22 Mac 2020).
Bermula: 25 Mac 2020 (Selasa), 12:00 tengah hari
Tamat: 28 Mac 2020 (Sabtu), 12:00 tengah hari
Hadiah: Senaskhah novel Hanuman: Suara Hati (2013) [kulit keras] untuk 15 orang.
Individu yang sudah membeli dan membaca sekurang-kurangnya
satu daripada kumpulan cerpen berikut dipelawa mengambil bahagian: Rudra Avatara (2008), Kathakali (2009), Kisah Dari Siru Kambam (2013), Pulau Pendatang (2015).
Arahan umum: Pilih sebuah cerpen yang paling
anda suka dalam salah satu
buku di atas dan tulis sebuah ulasan sepanjang 400 – 450 patah perkataan sahaja.
Ulasan mestilah asli dan tidak ada apa-apa unsur yang
menjadikannya meragukan atau tidak asli.
Ulasan ditulis menggunakan Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil,
atau Mandarin sahaja.
Tulis ulasan yang ikhlas. Tidak perlu memasukkan teori.
Tulis dari hati.
Ulasan tidak
mendedahkan pengakhiran cerita.
Ulasan bukan
sinopsis cerita!
Ceritakan mengapa anda menyukai cerpen berkenaan; apakah
keunikan cerpen berkenaan; perkara baharu yang anda pelajari, kelemahan/kekurangan,
dan sebagainya.
Petikan cerpen boleh dimasukkan dalam ulasan — tetapi petikan
tidak lebih daripada 50 patah
perkataan.
Di akhir ulasan, wajib disertakan maklumat diri iaitu nama penuh, alamat rumah (termasuk Poskod),
nombor telefon, dan alamat e-mel.
Taip ulasan dengan kemas menggunakan Microsoft Word dan kirim secara lampiran (attachment) ke
e-mel uthayasb@gmail.com
Letakkan “Pertandingan
Menulis Ulasan Cerpen” pada ruangan subjek e-mel.
Lampirkan
foto pengulas sedang membaca buku — mestilah buku dari mana cerpen dipilih
untuk diulas. Foto tidak dimasukkan
dalam teks ulasan, sebaliknya dikirim dalam format jpg/jpeg sebagai lampiran berasingan dalam e-mel itu.
Ulasan yang tidak dikirim secara lampiran (attachment) dan/atau tiada foto
pengulas membaca buku dan/atau tidak disertakan maklamat diri tidak akan dipertimbangkan.
Sejumlah 15 ulasan
bermutu yang paling awal diterima sepanjang tempoh pertandingan ini akan
menerima senaskhah novel parodi retorik Hanuman:
Suara Hati.
Hadiah (buku) dijangka akan dikirim melalui pos pada 30 Mac
2020.
Kesemua ulasan yang diterima (berserta foto) akan didokumentasi
di blog. Ulasan mungkin disunting tanpa menghilangkan maksud asal pengulas. Baca Ulasan oleh [Jaymani Sevanathan] dan [Anuradha Chelliah]