12 Apr 2020

Kabuliwala oleh Rabindranath Tagore


Jika anda belum pernah membaca karya-karya Rabindranath Tagore (1861–1941), sekurang-kurangnya bacalah cerpen “Kabuliwala”.

Rabindranath Tagore — atau asalnya Robindronath Thakur — menerima Hadiah Nobel (Kesusasteraan) pada tahun 1913 menerusi kumpulan puisi “Gitanjali” (Song Offering). Lirik lagu rasmi negara India, “Jana Gana Mana”, adalah berdasarkan gubahan asal Tagore dalam bahasa Bengali.

Akan tetapi, sejak dahulu, saya amat tertarik dengan “Kabuliwala”.


Filem Hindi berjudul Bioscopewala (2018) memberi sentuhan baharu kepada karya asal Tagore apabila watak lakonan Danny Denzongpa ditampilkan sebagai lelaki dari Kabul, Afghanistan yang membuat tayangan bioskop kepada kanak-kanak.


Cerpen “Kabuliwala” turut dijadikan filem Bengali berjudul Kabuliwala (1957 dan 2006) serta filem Hindi berjudul Kabuliwala (1961). Siri televisyen berjudul Stories by Rabindranath Tagore (2015) turut memaparkan kisah “Kabuliwala”. [Tonton filem (penuh) Bengali 1957 di Sini]


Jika anda ada akses Netflix, jangan lepaskan peluang menonton “Kabuliwala” dalam siri Stories by Rabindranath Tagore. Saksikan bagaimana Tagore berjaya menyampaikan sebuah cerita secara “mudah” dan “bersahaja”, tetapi amat berkesan dan menyentuh emosi. [Tonton Sedutan di Sini]


Sebelum menonton versi di Netflix, saya sudah membaca cerpen “Kabuliwala” dalam versi terjemahan Inggeris, serta mendengar buku audio berjudul The Kabuliwallah and Other Stories yang dibacakan oleh Sagar Arya. [Dengar Sedutan Cerpen di Sini]


Mahu menikmati sebuah cerpen yang menyentuh jiwa? Bacalah “Kabuliwala”. Mahu belajar menghasilkan sebuah cerpen yang menyentuh jiwa? Bacalah “Kabuliwala”.