22 Aug 2025

Sesi Petua Cangkuk Naratif


1. Pengenalan

Penulisan fiksyen dalam bentuk cerpen (cerita pendek) adalah satu cara baik untuk berkongsi pandangan, kritikan, nasihat, dan pengalaman serta mendokumentasi budaya masyarakat secara kreatif. Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) yang diasaskan pada Ogos 1999 sentiasa berusaha membuka ruang bagi perkongsian ilmu dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum menerusi sesi perbincangan dan bengkel penulisan demi memperkaya khazanah Sastera Kebangsaan.

 

2. Masalah dan Kekangan

Walaupun ramai orang – khususnya penulis muda – berminat dan berusaha menulis cerpen, muncul beberapa kekangan dan halangan. Khususnya apabila bahagian awal cerpen (halaman pertama serta beberapa perenggan awal) gagal menarik perhatian dan minat penilai, penyunting, editor, atau khalayak pembaca. Aspek cangkuk naratif (narrative hook) kurang diajar dan kurang diberi perhatian dalam kebanyakan bengkel penulisan; sebaliknya penulis “belajar sendiri” menerusi pengalaman dan pembacaan.

 

3. Sesi Petua Cangkuk Naratif

Berbekalkan pengalaman menulis secara profesional sejak tahun 1992 serta pengalaman mengendalikan bengkel penulisan di seluruh negara sejak tahun 1994, saya [Uthaya Sankar SB] mengendalikan satu sesi secara dalam talian (online) khusus bagi sesiapa yang berminat belajar aspek cangkuk naratif secara praktikal. Maknanya, peserta perlu mengirim petikan awal cerpen sendiri untuk dibedah dan dibincangkan dalam sesi ini.

 

4. Tarikh

25 September 2025 (Khamis)

 

5. Masa

9:00 – 10:00 malam [Waktu Kavyan]

 

6. Pelantar

Google Meet (sesi secara dalam talian)

 

7. Peserta

Dihadkan kepada maksimum enam (6) orang yang benar-benar berminat menghasilkan cerpen dengan memanfaatkan teknik cangkuk naratif pada bahagian awal cerpen. Terbuka kepada penulis baharu dan lama, tua dan muda, berpengalaman dan kurang pengalaman. Tiada kekangan kaum, agama, ideologi, gender, dan sebagainya. Setiap peserta diberi peluang dan layanan sama rata.

 

8. Bayaran Ikat Libat

Setiap peserta dikenakan bayaran RM20 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) sebagai bayaran ikat libat (commitment fee). Bayaran ini tidak dipulangkan jika peserta menarik diri, atau tidak muncul semasa sesi berlangsung.

 

9. Keunikan dan Kandungan Sesi

Peserta berpeluang menerima bimbingan secara langsung daripada saya semasa sesi dalam talian, sebagaimana sesi Petua Penulisan Cukaria (21 Ogos 2025). Peserta juga wajib mengirim petikan awal cerpen untuk dibaca, dinilai, dibedah, dan diberi komen secara ikhlas berdasarkan pengalaman saya terlibat dalam bidang penulisan sejak tahun 1992.

Peserta juga perlu menyatakan ke media mana cerpen berkenaan mahu dihantar. Maka, komen serta cadangan saya semasa sesi adalah selaras dengan keperluan media berkenaan. Maknanya, bimbingan diberi secara khusus bagi setiap cerpen dan setiap peserta.

 

10. Petikan Awal Cerpen

Peserta wajib mengirim petikan awal cerpen untuk dinilai dan diberi komen semasa sesi dalam talian.

Apa yang dikirim hanyalah bahagian awal cerpen, bukan keseluruhan cerpen.

Panjang petikan awal cerpen yang dikirim tidak boleh melebihi 300 perkataan.

Manuskrip ditaip kemas menggunakan MicrosoftWord.

Mulakan menaip manuskrip dengan menyebut nama media (akhbar, majalah, portal) yang disasarkan, diikuti tajuk cerpen pada barisan seterusnya, dan diikuti pula nama penulis pada barisan seterusnya.

Gunakan langkau dua (double spacing).

Gunakan font Arial, saiz 12.

Pastikan jangan kirim keseluruhan cerpen! Kirim maksimum 300 perkataan sahaja daripada bahagian awal cerpen.

Di hujung, masukkan biodata ringkas sekitar 100 perkataan. Lihat contoh [di sini].

Contoh format manuskrip akan diberi selepas peserta membuat bayaran ikat libat.

Manuskrip cerpen peserta perlu dikirim secara lampiran (attachment).

Pastikan cerpen itu belum tersiar di mana-mana dan belum dikirim ke mana-mana penerbitan.

Pastikan cerpen adalah karya asli tanpa ada sebarang unsur ciplak dan peniruan.

 

11. Rangka Sesi

9:00 malam – Peserta mendaftar masuk. Pautan (link) akan diberi lebih awal.

9:01 malam – Membedah petikan cerpen peserta.

9:45 malam (anggaran) – Soalan tambahan daripada peserta.

10:00 malam – Sesi Google Meet tamat secara automatik.

 

12. Pendaftaran Peserta

Sesiapa yang berminat menyertai sesi ini perlu:

Menghubungi saya menerusi WhatsApp 011-11411952 untuk mengesahkan jika masih ada tempat kosong.

Deposit bayaran ikat libat (RM20) ke nombor akaun yang diberikan.

Meneliti contoh format menuskrip cerpen yang saya kirim kepada peserta.

Hantar petikan awal manuskrip cerpen sebagai lampiran (attachment) ke e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 selewat-lewatnya pada 21 September 2025 (10:00 malam).

Menyertai sesi dalam talian pada 25 September 2025.

 

13. Pertanyaan

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan sesi ini, hubungi saya selewat-lewatnya pada 20 September 2025 (10:00 malam). Sebarang pertanyaan selepas itu tidak dilayan.