[Pendaftaran peserta ditutup pada 30 November 2020]
1.0 Pengenalan
1.1 Antologi yang diselenggara oleh Uthaya Sankar SB sebelum ini berjudul Vanakam (2002), Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), dan dan Peluru Aksara (2020).
1.2 Dalam usaha memperkaya khazanah Sastera Kebangsaan dengan karya-karya bermutu yang dihasilkan penulis pelbagai kaum [semua kaum, etnik, agama, keturunan, bahasa ibunda, latar belakang], sebuah antologi cerpen Bahasa Malaysia sedang diusahakan.
1.3 Antologi cerpen ini disasarkan untuk terbit menjelang Ogos 2021.
2.0 Peserta dan Karya
2.1 Peluang hanya dibuka kepada maksimum 20 individu yang mengikuti dengan sempurna sekurang-kurangnya satu daripada program bimbingan kendalian Uthaya Sankar SB pada tahun 2020, seperti berikut (kelonggaran dalam Perkara 2.2):
a — Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen Menara (Mac 2020)
b — Bimbingan Penulisan Cerpen Menerusi E-mel (Jun 2020)
c — Ceramah Penulisan Menerusi Google Meet (mulai Jun 2020)
d — Projek Menulis Karya 200 Perkataan (mulai Julai 2020)
e — Sesi Penulisan Intensif VII (Disember 2020)
f — Cerpen berkenaan sudah tersiar (rujuk Perkara 2.2)
2.2 Karya mestilah manuskrip yang drafnya pernah dibincangkan pada bengkel penulisan atau sesi bimbingan kendalian Uthaya Sankar SB. Bagi cerpen yang sudah tersiar di akhbar/majalah/portal dalam talian (online), kelonggaran diberi jika penulis tidak berpeluang mengikuti bengkel kendalian Uthaya Sankar SB.
2.3 Karya mestilah karya asli (tanpa sebarang unsur yang menjadikannya tidak asli). Peserta perlu menjamin keaslian karya.
2.4 Cerpen yang dihasilkan susulan penyertaan dalam program bimbingan di atas (2.1) dan sudah tersiar di akhbar, majalah, atau portal dalam talian (online) masih boleh dikemukakan untuk antologi ini. Akan tetapi, penulis wajib mengirim versi asal (bukan versi yang disunting oleh editor akhbar atau majalah terbabit).
2.5 Cerpen yang sudah termuat dalam mana-mana buku tidak boleh dikemukakan bagi antologi ini.
2.6 Karya tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dan agama. Karya berkaitan perjuangan/pejuang agama, kaum, dan etnik, sehingga memperlekeh pihak lain, tidak diterima. Karya perlu menyumbang kepada usaha memperkaya khazanah Sastera Kebangsaan.
2.7 Karya yang dimaksudkan adalah cerpen (cerita pendek) sahaja. Bukan rencana, puisi, atau apa-apa bentuk penulisan lain yang tidak boleh dimasukkan dalam kerangka “cerpen”.
2.8 Peserta akan dibimbing secara berperingkat-peringkat mulai Januari 2021 bagi memastikan karya (cerpen) memenuhi kriteria yang ditetapkan dan diharapkan.
2.9 Peserta dijangka diminta mengirim manuskrip lengkap untuk penilaian dan penyuntingan pada Mac 2021.
3.0 Panjang Karya (Cerpen)
3.1 Boleh mengirim 1 cerpen: Maksimum 2,000 perkataan.
3.2 Boleh mengirim 2 cerpen: Maksimum 1,000 perkataan sebuah.
3.3 Boleh mengirim 4 cerpen: Maksimum 500 perkataan sebuah.
3.4 Boleh mengirim 8 cerpen: Maksimum 250 perkataan sebuah.
3.5 Boleh mengirim 1 cerpen (maksimum 1,000 perkataan) + 2 cerpen (maksimum 500 perkataan sebuah).
3.6 Boleh mengirim 1 cerpen (maksimum 1,000 perkataan) + 4 cerpen (maksimum 250 perkataan sebuah).
3.7 Boleh mengirim 2 cerpen (maksimum 500 perkataan sebuah) + 4 cerpen (maksimum 250 perkataan sebuah).
3.8 Kombinasi lain tidak dibenarkan.
4.0 Hak Cipta dan Hak Penerbitan
4.1 Hak cipta dan hak moral karya asal dipegang oleh masing-masing penulis.
4.2 Hak penyelenggaraan dipegang oleh penyelenggara (Uthaya Sankar SB).
5.0 Bayaran Penyuntingan
5.1 Setiap peserta dikenakan bayaran RM30 meliputi kos penilaian manuskrip, bimbingan, penyelenggaraan, penyuntingan manuskrip, dan semakan pruf. — lihat harga biasa.
5.2 Bayaran ini wajib dibuat selewat-lewatnya pada 31 Januari 2021, iaitu sebelum peserta mengirim manuskrip.
5.3 Bayaran tidak dipulangkan jika peserta menarik diri.
5.4 Jika manuskrip mempunyai terlalu banyak kesalahan (yang sepatutnya tidak berlaku), maka manuskrip akan dikirim semula kepada penulis untuk dibaiki sebelum disunting sekali lagi.
5.5 Sekiranya manuskrip yang dikirim semula masih mempunyai banyak kesalahan, maka akan mengalami desk rejection, iaitu “karya ditolak sebelum dinilai”. Pada tahap ini, sebarang rayuan tidak akan dilayan dan bayaran penyuntingan tidak dipulangkan.
6.0 Bayaran dan Penerbitan Antologi
6.1 Setiap peserta perlu membuat bayaran RM300 bagi membantu menampung sebahagian kos menerbitkan buku ini.
6.2 Setiap peserta juga dikenakan bayaran RM20 (wajib) untuk menanggung kos menghantar buku ke alamat rumah (seluruh Malaysia).
6.3 Bayaran penuh wajib dibuat selewat-lewatnya pada 15 Julai 2021.
6.4 Bayaran keseluruhan (RM350) boleh juga dibuat dalam ansuran iaitu pada Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, dan Julai 2021.
6.5 Penulis tidak dibayar honorarium atau royalti.
6.6 Antologi dirancang supaya terbit pada Ogos 2021.
6.7 Apabila buku terbit, setiap penulis akan menerima 50 buah buku dan buku akan dihantar ke alamat rumah (Malaysia sahaja).
6.8 Penulis boleh menempah naskhah tambahan pada harga diskaun khas yang ditetapkan oleh penerbit selewat-lewatnya pada 30 Jun 2021.
7.0 Biodata dan Foto
7.1 Penulis akan diminta mengirim biodata dan foto untuk dimuatkan dalam antologi.
7.2 Biodata dan foto mestilah profesional, dan mematuhi panduan yang dinyatakan semasa bengkel dan sesi bimbingan.
7.3 Biodata dan foto ini mungkin digunakan juga bagi tujuan promosi di blog dan media sosial.
8.0 Pertanyaan dan Pendaftaran
8.1 Jika ada sebarang pertanyaan, atau jika mahu mendaftar nama untuk menyertai projek penerbitan antologi ini, hubungi Uthaya Sankar SB menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011–11411952.
8.2 Maklumat awal yang perlu diberi adalah Nama Penuh, Alamat Lengkap, Nombor Telefon, dan Alamat E-mel.
8.3 Pendaftaran peserta ditutup pada 30 November 2020; atau lebih awal jika sudah ada 20 peserta.
NOTA: Projek hanya diteruskan jika ada minimum 12 peserta.