Anda mungkin seorang penulis yang menghadapi kekangan masa untuk menulis sebuah
karya sepanjang 1,000 atau 2,000 patah perkataan.
Anda mungkin seorang penulis baharu yang mahu membina nama. Atau anda mungkin seorang individu yang ada minat, tetapi belum pernah cuba
menulis.
Ayuh! Sertai saya dalam Projek Menulis Karya 200 Perkataan yang dimulakan pada Julai 2020. Anjuran
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
dengan kerjasama Eksentrika.
Sesi Disember 2020 sedang berlangsung!“Karya” yang dimaksudkan di sini adalah prosa seperti cerpen (cerita pendek), catatan pengalaman, monolog, komentar, kritikan, esei kreatif, anekdot, dan fiksyen. Kebebasan diberi kepada peserta. Malah, tidak perlu difikirkan kategori mana; asalkan karya berbentuk prosa (bukan puisi).
Karya mestilah dalam Bahasa Malaysia.
Penggunaan perkataan dan istilah bahasa-bahasa lain dibenarkan, jika sesuai.
Untuk warganegara Malaysia sahaja.
Saya [Uthaya Sankar SB]
akan bertindak sebagai pembimbing dan penyunting manuskrip. Bagi memastikan
komitmen peserta, bayaran minimum (RM10) dikenakan. [Lihat harga biasa]
Tenggat (deadline; batas waktu) wajib dipatuhi dengan penuh disiplin. Hanya manuskrip yang dikirim kepada saya sebelum 30 Disember 2020 akan disunting dan dibimbing.
Sekiranya karya bermutu, penulis akan dibimbing cara mengirim karya itu kepada editor Eksentrika untuk dinilai bagi siaran. Sejumlah karya peserta sejak sesi Julai 2020 sudah disunting dan dikirim ke Eksentrika; dan dijangka disiarkan dalam masa terdekat, susulan portal itu "berehat" sejak Ogos 2020 dan kembali aktif pada pertengahan Oktober 2020.

Contoh karya yang tersiar: [Cinta Pertama] — [Keputusan] — [Mengertikah Kau Sekarang?] — [Realiti di Alam Maya] — [Perubahan] — [Taman Sukaria] — [Cinta Cycas] — [Hirap] — [Senja di Kuala Lumpur] — [Tembok] — [Tukang Angkat Sampah dan Pekerja Kilang Roti] — [Warkah Buat Ibu] — [Mesej Peti Sejuk] — [Kerakusan] — [Mercun]
Bagaimana
untuk terlibat? Hubungi saya menerusi WhatsApp
011–11411952 atau e-mel uthayasb@gmail.com.my
selewat-lewatnya pada 20 Disember 2020 (6:00 petang) untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.