Sesi: Sajian Non-Cereka Kreatif
Tarikh: 19 Julai 2020
(Ahad)
Masa: 4.00 – 6.00 petang
Platform: Google Meet
Penceramah: Uthaya Sankar SB
Pengeras: RM10 sahaja
Peserta: Penulis dan Peminat Karya Bermutu
Peserta perlu ada akses Google Meet. Sesi ini diatur
susulan kejayaan Ceramah Penulisan
Cerpen (7 Jun 2020), Memancing Minat
Pembaca (21 Jun 2020), dan Mata Mendengar, Telinga Berbicara
(5 Julai 2020). Ceramah dikendalikan dalam Bahasa Malaysia
dengan bantuan tayangan slaid.
Jumlah peserta yang disasarkan
adalah maksimum 15 orang sahaja supaya
tumpuan dapat diberi kepada setiap peserta (penulis dan peminat karya bermutu).
Peserta digalakkan berinteraksi dan bertanya soalan semasa sesi
berlangsung.
Ceramah Sajian Non-Cereka
Kreatif mengkhusus kepada panduan dan teknik menulis karya
non-cereka kreatif (creative non-fiction).
Penceramah akan menjelaskan bagaimana unsur-unsur penulisan kreatif boleh
dimanfaatkan untuk menjadikan karya non-cereka (non-fiction) lebih menarik.
[Lihat juga — Bimbingan Penulisan
Cerpen Menerusi E-mel]
Esei, rencana, makalah, artikel, risalah, ulasan, kritikan,
catatan pengalaman, memoir, atau mana-mana tulis non-creative yang anda hasilkan gagal menarik minat editor dan
pembaca? Anda sendiri jemu dan menguap membaca karya anda?
Anda mungkin terikut-ikut gaya dan syarat penulisan karangan
di sekolah, atau panduan penulisan esei akademik dan risalah kajian di kolej
dan universiti. Akhirnya, karya anda sarat dengan isi tetapi kering dari sudut
kreativiti.
Penceramah akan menerangkan dan menunjukkan bagaimana karya
bukan kreatif (non-creative) dan bukan
cereka (non-fiction) boleh diberi
sentuhan istimewa untuk menjadikannya karya hebat yang menarik perhatian editor
dan pembaca.
Beberapa karya Uthaya, serta karya-karya non-cereka yang
termuat dalam antologi Busana Bahasa
(2019) dan Landasan Hidup
(2020), mungkin turut dijadikan contoh dalam sesi ceramah.
[Lihat juga — Projek Menulis Karya 200 Perkataan]
Para peserta dinasihatkan supaya menyediakan kertas/buku dan
alat tulis untuk mencatat nota. Slaid PowerPoint
tidak diedarkan.
Peserta yang mengikuti ceramah Sajian Non-Cereka Kreatif sepenuhnya
sahaja menerima sijil penyertaan (versi PDF). Sijil dikirim sehari
kemudian, selepas rekod kehadiran dan penglibatan disemak.
[Lihat juga — Sesi Penulis Intensif VI]
Berikut komen
dan maklum balas sebahagian peserta yang mengikuti ceramah Sajian Non-Cereka Kreatif:
“Perkongsian yang menarik. Memberi
saya satu dimensi baharu dalam menulis esei.” — Ahmad Faizal Mohd Soaudi
“Mungkin rezeki saya ternampak
iklan ceramah ini! Banyak ilmu baharu yang saya dapat hari ini. Selama ini
memang saya rasa penulisan non-cereka membosankan, tetapi sebenarnya ada cara
untuk menjadikannya menarik. Saya berminat untuk mengikuti lagi sesi seperti
ini.” — Siti
Zulaihah binti Abd Karim
“Satu sesi yang mengajar saya cara menulis
karya non-cereka berkualiti. Saya juga rasa lebih yakin untuk berkongsi
pendapat dengan pembaca mengenai sesuatu topik yang dekat di hati. Diharapkan
sesi ilmu seperti ini diadakan lebih kerap demi kebaikan bersama.” — Thanusya
Shanmuganathan
“Terima kasih atas kesudian penceramah
berkongsi banyak maklumat. Sememangnya penjelasan ini sangat berguna dan saya juga
mendapat banyak maklumat baharu.” — Jagadesware a/p Theeran
“Satu
sajian yang menyelerakan dengan maklumat yang padat dan sesuai dengan tajuk.
Pelbagai input diberi oleh penceramah tanpa kedekut ilmu. Mungkin boleh gunakan
slaid yang lebih ceria.” — Anuradha Chelliah
“Saya
seronok mendengar ceramah ini. Tulisan saya sebelum ini tidak sampai (kurang
berjaya), mungkin agaknya penulisan saya berkonsep swafoto; tidak diimbangi
dengan fakta.” — Noraziana Aziz
“Banyak maklumat baharu yang saya
peroleh, terutamanya dalam membezakan sesuatu genre penulisan. Melalui ceramah
ini, saya dapat mendalami ilmu esei, rencana, makalah, memoir, kritikan,
ulasan, catatan, surat, dan karangan. Ceramah yang disampaikan sangat jelas dan
mudah difahami, di samping mempunyai penerangan yang jelas dari aspek
pembezaan.” — Mohd
Huzaifi bin Mat Ail
“Saya
amat berterima kasih dan menghargai segala perkongsian ilmu yang sangat berguna
dan bermakna.” — Sharran Loganadzan
“Konsep
ceramah lebih kepada perkongsian yang santai tetapi sarat dengan ilmu.” — Norlizawati
binti Abdul Wahab
Sesi bimbingan sebelum ini termasuk Sesi Penulisan Intensif Sasterawan
Kavyan (November 2019), Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen
Menara (Mac 2020), Ceramah Penulisan
Cerpen (Jun 2020), dan Bimbingan Penulisan Cerpen Menerusi
E-mel (Jun 2020). Uthaya sedang menyelenggarakan Antologi Karya Penulis Malaysia
dan menyiapkan Kumpulan Fiksyen Uthaya.
Harap sudi berkongsi maklumat ini dengan rakan-rakan dan saudara mara yang
mungkin sedang mencari ruang dan peluang untuk belajar menghasilkan non-cerpen kreatif bermutu, atau merupakan
pencinta bahan bacaan bermutu dan mahu tahu “rahsia” penulisan.