Sesi: Menyuntik Budaya ke dalam Cereka
Tarikh: 2 Ogos 2020
(Ahad)
Masa: 4.00 – 6.00 petang
Pelantar: Google Meet
Penceramah: Uthaya Sankar SB
Pengeras: RM10 sahaja
Peserta: Penulis dan Peminat Karya Bermutu
Peserta perlu ada akses Google Meet. Sesi ini diatur
susulan kejayaan Ceramah Penulisan
Cerpen (7 Jun 2020), Memancing Minat
Pembaca (21 Jun 2020), Mata Mendengar, Telinga Berbicara
(5 Julai 2020), dan Sajian Non-Cereka
Kreatif (19 Julai 2020). Ceramah dikendalikan dalam Bahasa Malaysia dengan
bantuan tayangan slaid minimalis.
Sesuai bagi pelajar, mahasiswa, guru, pengkaji, penulis, bakal
penulis, pengkritik, peminat sastera, pencinta buku, dan sesiapa yang mampu
berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia.
Jumlah peserta yang disasarkan
adalah sekitar 20 orang sahaja supaya
tumpuan dapat diberi kepada setiap peserta. Para peserta digalakkan
berinteraksi dan bertanya soalan semasa sesi berlangsung.
Ceramah Menyuntik Budaya
ke dalam Cereka mengkhusus kepada panduan dan teknik memaparkan
unsur-unsur budaya secara positif, penuh kreatif, berseni, dan bersahaja dalam
cereka, khasnya cerpen dan novel. Karya cereka seperti ini amat diperlukan bagi
memperkaya khazanah Sastera Kebangsaan
serta memupuk keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan budaya di
Malaysia.
[Lihat juga — Bimbingan Penulisan
Cerpen Menerusi E-mel]
Skop budaya, ciri budaya, serta keunikan aspek budaya masyarakat
pelbagai kaum dan etnik di Malaysia turut diperkatakan. Petikan cerpen
yang termuat dalam antologi Busana Bahasa
(2019) dan Landasan Hidup
(2020) dijadikan contoh.
Ceramah ini bertujuan membantu peserta memahami teknik dan cara
yang betul untuk “mengumpul” dan “menyuntik” unsur budaya ke dalam cereka
supaya karya (cerpen, novel) memiliki keunikan, menyumbang kepada khazanah
Sastera Kebangsaan, memupuk perpaduan, dan mampu menjadi bahan kajian sosiobudaya
pada masa depan.
[Lihat juga — Projek Menulis Karya 200 Perkataan]
Peserta yang mengikuti sepenuhnya ceramah Menyuntik Budaya
ke dalam Cereka menerima sijil penyertaan (versi PDF). Sijil dikirim pada 2 Ogos 2020 selepas rekod kehadiran dan penglibatan disemak.
Berikut komen dan maklum balas sebahagian peserta yang
mengikuti ceramah “Menyuntik Budaya ke dalam Cereka” menerusi Google Meet pada 2 Ogos 2020:
“Sesi ini membuka mata saya kepada
pelbagai aspek budaya yang saya boleh gunakan untuk mencantikkan karya. Ada
unsur yang pernah saya gunakan, dan ada unsur yang belum digunakan. Jadi, saya
ada peluang untuk meneroka dan mengkaji unsur-unsur budaya dengan lebih
mendalam.” — Thanusya
Shanmuganathan
“Satu sesi yang cukup bermanfaat.
Saya memang suka menyuntik unsur budaya dalam cerpen saya, tapi ada unsur-unsur
yang saya terlepas pandang. Sesi ini berjaya mengisi kekosongan tersebut.” — Anuradha Chelliah
Sesi bimbingan sebelum ini termasuk Sesi Penulisan Intensif Sasterawan
Kavyan (November 2019), Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen
Menara (Mac 2020), Ceramah Penulisan Menerusi
Google Meet (mulai Jun 2020),
dan Bimbingan Penulisan Cerpen Menerusi
E-mel (mulai Jun 2020). Uthaya sedang menyelenggarakan Antologi Karya Penulis Malaysia
dan menyiapkan Kumpulan Fiksyen Uthaya.