Sesi: Memancing Minat Pembaca
Tarikh: 21 Jun 2020 (Ahad)
Masa: 4.00 petang – 7.00 malam
Platform: Google Meet
Penceramah: Uthaya Sankar SB
Pengeras: RM10 sahaja
Peserta perlu ada akses Google Meet.
Sesi ini diatur susulan kejayaan Ceramah Penulisan Cerpen pada 7 Jun
2020. [Baca reaksi peserta] Sesi dikendalikan dalam Bahasa Malaysia dengan bantuan tayangan
slaid. Peserta digalakkan berinteraksi dan bertanya soalan semasa sesi
berlangsung. Peserta juga mengirim perenggan awal cerpen untuk dibedah, dibincang, dan diberi komen membina.
Jumlah peserta yang disasarkan adalah maksimum 20 orang supaya tumpuan dapat diberi kepada perbincangan karya setiap peserta. Akhirnya, 23 individu menyertai sesi ini.
Jumlah peserta yang disasarkan adalah maksimum 20 orang supaya tumpuan dapat diberi kepada perbincangan karya setiap peserta. Akhirnya, 23 individu menyertai sesi ini.
“Uthaya
Sankar SB knows how to bait and hook, lure and jab, refine and condense. … Uthaya’s
particular gifts lie in his narrative skill and playful deconstructions of the
story form. … He has fun with the stories, and the fun is infectious.”
— Amir Muhammad (New Straits Times, 13 February 2002)
Ceramah Penulisan
Cerpen: Memancing Minat Pembaca mengkhusus kepada panduan dan teknik
menulis ayat pertama dan perenggan awal sebuah cerpen. Beberapa cerpen Uthaya dijadikan contoh
bagi memudahkan pemahaman.
Peserta juga digalakkan mengirim petikan awal cerpen — minimum 20 perkataan dan maksimum 50 perkataan — untuk dibedah
dan dikomen semasa sesi. Petikan intro yang dikirim adalah karya
baharu yang masih dalam proses penulisan; bukan cerpen yang sudah tersiar.
Peserta yang mengikuti Ceramah
Penulisan Cerpen: Memancing Minat Pembaca sepenuhnya menerima
sijil penyertaan (versi PDF) sebagai penghargaan dan dokumentasi. Sijil dikirim pada 21 Jun 2020.
Sejumlah 23
individu pelbagai kaum dan pelbagai latar belakang mengikuti ceramah dan
terlibat dalam sesi berkongsian ilmu pada 21
Jun 2020. Berikut komen dan reaksi beberapa peserta:
“Sesi bimbingan yang amat bermakna
kepada sesiapa sahaja yang berminat menulis. Saya berpandangan, perkongsian
ilmu tidak terhad kepada penulis muda/baharu sahaja. Kadang-kadang, kesilapan
kecil tidak kita sedari jika tiada perkongsian atau bedah karya. Pada saya,
pembelajaran adalah sepanjang hayat. Saya lebih fokus kepada puisi. Nampaknya,
menulis cerpen ada kelainan tersendiri.” — Sahar
bin Misron @ Samsa Harris
“Sesi ceramah yang sangat
bermanfaat, baik kepada penulis junior untuk mempelajari ilmu baharu, mahupun untuk
penulis senior yang ingin menambah ilmu penulisan. Diharapkan sesi seperti ini
dapat diadakan dari semasa ke semasa sebagai kursus ulang kaji (refresher course).” — Thanusya Shanmuganathan
“Sesi yang cukup padat dengan ilmu
penulisan serta berinformatif. Komunikasi dua hala yang lebih jelas. Sesi
ceramah yang amat menarik dan tidak membosankan.” — Nanthini Nadarajan
“Suatu sesi perkongsian yang padat
dan penuh informasi.” — Mohamad Ikhwan
Al Syahid bin Abdullah Tahir
Sesi
bimbingan sebelum ini termasuk Sesi Penulisan Intensif Sasterawan Kavyan
(November 2019), Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen Menara
(Mac 2020), Ceramah
Penulisan Cerpen (Jun 2020), dan Bimbingan Penulisan Cerpen Menerusi E-mel
(Jun 2020). Uthaya sedang menyelenggarakan Antologi Karya Penulis Malaysia.
Harap sudi berkongsi maklumat mengenai Siri Ceramah Penulisan Cerpen dengan rakan-rakan yang mungkin sedang mencari ruang dan peluang untuk belajar menghasilkan cerpen bermutu.