14 Aug 2020

Pembaca Beta Diperlukan (Lagi)


Kumpulan fiksyen Putaria dijadualkan terbit pada Disember 2020 berkat sokongan para penyumbang budiman.

Sebagai salah satu pengisian dan promosi, saya mencari sesiapa (minimum 18 tahun) yang sudi menjadi “pembaca beta” bagi petikan salah sebuah cerpen sepanjang sekitar 500 perkataan.

(Nota: Mungkin ada individu yang sudah membaca petikan awal cerpen ini sekitar 200 perkataan, tetapi tidak menjadi masalah.)


Beberapa rakan menawarkan diri menjadi pembaca beta bagi sebuah cerpen, baru-baru ini. Sila [klik di sini] dan [klik di sini] untuk membaca reaksi mereka.

Berikut contoh gerak kerja yang digunakan:

1. Jika anda setuju memberi komitmen 100%, sila lakukan pengesahan dengan kata kunci “Pembaca Beta” menerusi WhatsApp 011–11411952 (Uthaya) selewat-lewatnya pada pukul 9:00 malam, 17 Ogos 2020 (Isnin).

2. Petikan 1 (sekitar 100 perkataan) akan dikirim menerusi WhatsApp pada pukul 8:00 pagi, 18 Ogos 2020 (Selasa).

3. Anda (“pembaca beta”) diminta membaca Petikan 1 dan menjawab satu soalan sahaja. Panjang jawapan sekitar 10–30 perkataan sahaja. (Nota: Tidak ada jawapan betul atau salah. Semuanya betul!)

4. Anda perlu mengirim jawapan menerusi WhatsApp sebelum pukul 10:45 pagi, 18 Ogos 2020 (Selasa) untuk kekal dalam “permainan”.

5. Petikan 2 (sambungan cerita) akan dikirim menerusi WhatsApp pada pukul 11:00 pagi, 18 Ogos 2020 (Selasa).

6. Anda diminta membaca Petikan 1 + Petikan 2 dan menjawab satu lagi soalan. Panjang jawapan sekitar 10–30 perkataan sahaja.

7. Anda perlu mengirim jawapan menerusi WhatsApp sebelum pukul 1:45 tengah hari, 18 Ogos 2020 (Selasa) untuk kekal dalam “permainan”.

8. Petikan 3 (sambungan cerita) akan dikirim menerusi WhatsApp pada pukul 2:00 petang, 18 Ogos 2020 (Selasa).

9. Anda diminta membaca Petikan 1 + Petikan 2 + Petikan 3 dan menjawab satu lagi soalan. Panjang jawapan sekitar 10–30 perkataan sahaja.

10. Anda perlu mengirim jawapan menerusi WhatsApp sebelum pukul 4:45 petang, 18 Ogos 2020 (Selasa) untuk kekal dalam “permainan”.

11. Petikan 4 dikirim pada pukul 5:00 petang, 18 Ogos 2020 (Selasa), dan reaksi anda perlu dikirim sebelum pukul 7:45 malam, 18 Ogos 2020 (Selasa).

12. Petikan 5 dikirim pada pukul 8:00 malam, 18 Ogos 2020 (Selasa), dan reaksi anda perlu dikirim sebelum pukul 10:45 malam, 18 Ogos 2020 (Selasa) untuk “menamatkan” permainan.

13. Jawapan (reaksi) anda akan disunting dan didokumentasi di blog untuk tatapan umum. (Nota: Jangan risau. Semua jawapan/reaksi adalah betul.)


Soalan: Bagaimana jika saya terlewat mengirim jawapan/reaksi?
Jawapan: Secara automatik, petikan seterusnya tidak akan dikirim.

Soalan: Bagaimana jika saya memilih untuk berhenti selepas beberapa petikan?
Jawapan: Tiada masalah. Saya faham bahawa anda sudah tidak mampu memberi komitmen yang dijanjikan.

Soalan: Bolehkah saya menggunakan nama samaran apabila reaksi saya disiarkan di blog?
Jawapan: Tidak boleh. Nanti orang mungkin fikir saya menulis sendiri reaksi itu!

Soalan: Boleh saya tulis reaksi menggunakan Bahasa Inggeris?
Jawapan: Tidak boleh. Sila gunakan Bahasa Malaysia.

Saya dahului dengan ucapan terima kasih.