14 Sept 2023

Membaca, Mendengar, dan Mengulas Cerpen


Saya [Uthaya Sankar SB] sedang mencari sukarelawan dari seluruh dunia yang berminat untuk terlibat dalam satu usaha kecil merancakkan penghayatan karya Bahasa Malaysia. Cerpen yang dipilih ialah “Anjing”. Fiksyen ini tersiar di akhbar Mingguan Malaysia (26 April 1998) sebelum dimuatkan dalam buku Kathakali (2009). Klik di sini untuk sedikit maklumat.

Secara ideal, saya mencari sukarelawan dari kategori (a) pencinta anjing, (b) pembenci anjing, (c) pemelihara anjing, dan (c) bukan pemelihara anjing. [Kemas kini - Tonton video di bahagian bawah]

 

Prosedur dan gerak kerja projek seperti berikut:

 

1. Individu yang berminat dan komited mendaftar dengan menghubungi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 sebelum 30 September 2023 (9:00 malam).

2. Sukarelawan mengirim biodata ringkas (sekitar 50-100 perkataan) dalam Bahasa Malaysia [rujuk contoh] sebelum 30 September 2023 (9:00 malam).

3. Teks cerpen “Anjing” dikirim dalam format pdf untuk dibaca oleh sukarelawan.

4. Pautan (link) dikirim kepada sukarelawan untuk mendengar rakaman audio bacaan cerpen “Anjing”.

5. Beberapa soalan berkaitan cerpen “Anjing” dikirim untuk difikirkan oleh sukarelawan.

6. Sukarelawan memaklumkan tarikh dan masa untuk berbual dengan saya menerusi Google Meet.

7. Sesi Google Meet berlangsung sekitar 15 minit di mana sukarelawan menjawab soalan-soalan yang dikirim itu. (Tolong jangan baca skrip jawapan yang anda sediakan lebih awal! Sila berbual secara santai.)

8. Rakaman sesi Google Meet disunting untuk dimuatkan di YouTube dan disebarkan menerusi media sosial.

9. Rakaman sesi Google Meet itu mungkin turut digunakan untuk penulisan rencana, misalnya dalam format wawancara, untuk portal Sastera Kavyan.

 

Harap maklum bahawa projek ini bertujuan merakyatkan Bahasa Malaysia dan Sastera Kebangsaan. Sukarelawan perlu mampu berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia. Penglibatan adalah secara sukarela, iaitu atas kehendak sendiri, tanpa paksaan, dan dengan rela hati.

Berikut video sukarelawan yang tampil mengulas cerpen berkenaan: [Liew Meng Seng] - [Anuradha Chelliah] - [M. Mahendran] - [Veralona Mollon Perrin] - [Malini Lakshmi Bai]