Kumpulan
fiksyen Siapa Bunuh Veer Singh? terbit pada 2
April 2026 dan dikirim melalui pos kepada para penyumbang pada 3 April 2026.
Berikut sebahagian reaksi spontan yang dikirim selepas buku selamat sampai ke
tangan mereka.
“Kumpulan cerpen
Siapa Bunuh Veer Singh? sudah berada
di tangan saya pada 4 April 2026. Sungguh teruja untuk membaca kesemua 18
cerpen di dalam buku ini.” – M. Mahendran (Bentong, Pahang)
“Hari ini (4
April 2026), saya akhirnya menerima buku yang paling dinanti-nantikan, Siapa Bunuh Veer Singh? karya penulis
kegemaran saya, Uthaya Sankar SB. Apa yang paling saya kagumi tentang penulisan
beliau ialah ketajaman pemikiran dan keberanian dalam menyampaikan mesej.
Uthaya mempunyai keupayaan luar biasa untuk mengolah isu sosial, budaya,
sejarah dan falsafah yang kompleks dalam bahasa yang jelas, tersusun dan mudah
difahami, tetapi tetap mendalam serta mencabar pemikiran pembaca. Karya beliau
bukan sekadar cerita. Ia mengajak kita berfikir, menilai semula andaian yang
biasa kita terima, dan memahami realiti masyarakat dengan perspektif yang lebih
luas. Gabungan antara fiksyen dan kisah yang berakar pada pengalaman sebenar
menjadikan setiap karya beliau terasa hidup dan bermakna. Saya percaya buku ini
juga akan menawarkan pengalaman pembacaan yang sarat dengan refleksi dan wacana
intelektual sepertimana karya-karya beliau sebelum ini. Penulis
seperti Uthaya mengingatkan kita bahawa sastera bukan sekadar hiburan, tetapi
ruang untuk berfikir, berdialog, dan berkembang sebagai masyarakat.” – Dr. R.
Siva Prakash (Cheras, Selangor)
“Satu lagi
ledakan kreatif yang menjanjikan karya bermutu dan mengusik minda.” – Ramakrishnan
(Cheras, Selangor)


