27 Aug 2023

Pengalaman Bekas Pengikut Ajaran Sesat

Bermula 1 September 2023, saya bercadang menulis siri rencana pendek mengenai pelbagai ajaran sesat yang ada di Malaysia.

Rencana pendek berbentuk catatan ringkas sekitar 100-200 perkataan akan disiarkan di blog dan dikongsi menerusi media sosial.

Untuk itu, saya memerlukan bahan daripada sesiapa yang pernah menjadi mangsa mana-mana kultus (cult) ajaran sesat di Malaysia.

Kultus itu mungkin digerakkan oleh individu atau kumpulan bersaiz kecil atau besar. Contoh bacaan – [di sini] [di sini] [di sini] [di sini] [di sini]

Sekadar contoh juga, anda boleh merujuk siri tulisan mengenai “Datuk Guluji”. Tidak perlu menyentuh kes amang seksual atau kes kirim mesej lucah atau kes si hulk tetapi boleh dijadikan rujukan/panduan.

Anda boleh meminta supaya identiti anda dirahsiakan (tidak sebut nama sebenar anda pada tulisan saya) tetapi anda masih perlu bersedia memberikan maklumat diri seperti nama sebenar, umur, pekerjaan, tempat tinggal, nombor telefon, dan alamat e-mel supaya saya yakin bahawa saya mendapat maklumat daripada sumber yang sahih.

Nota: Individu yang tidak mahu memperkenalkan diri atau mahu berkongsi maklumat secara anonymous tidak akan dilayan sama sekali.

Antara skop pengalaman mangsa ajaran sesat yang sesuai untuk penulisan termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

1. Bagaimana anda terjerumus dalam ajaran sesat itu?

2. Apa yang berlaku sepanjang anda berada dalam kultus itu?

3. Apakah antara ajaran dan amalan “pelik” dalam kultus itu?

4. Mengapa anda memutuskan untuk meninggalkan kultus ajaran sesat itu?

5. Apakah nasihat anda kepada orang lain supaya tidak menjadi mangsa kultus ajaran sesat seperti itu?

Maklumat boleh dikirim secara bertulis menerusi WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) atau secara bertulis menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau menerusi perbualan panggilan video Google Meet atau mesej suara menerusi WhatsApp.

Tarikh tutup: 30 September 2023

Komunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Tamil, atau Inggeris.

Tujuan asas siri tulisan ini adalah untuk membimbing umat Bukan Islam dan “menyelamatkan” mereka daripada menjadi mangsa mana-mana kultus ajaran sesat di Malaysia.

Nota: Untuk umat Bukan Islam sahaja. Orang luar tidak perlu gelabah tetek.