2 Dec 2013

Kisah Guluji dan Guruji

Beberapa tahun lalu, saya bertemu seorang rakan yang saya kenali semasa saya mengaji di Universiti Malaya dahulu. Rakan itu kini pensyarah bidang sains di sebuah universiti tempatan.

Dia dan isterinya cuba memujuk saya menyertai kumpulan meditasi itu; tanpa menyedari saya sudah tahu latar belakang kumpulan berkenaan. Katanya, ada seorang wanita dalam kumpulan itu yang merupakan seorang penulis sajak terkenal.

“Dalam sesi berkongsi pengalaman baru-baru ini, penulis wanita itu mengakui bahawa sejak menyertai kumpulan ini dan melakukan meditasi, membaca mantera memuja Datuk Guluji serta menyerahkan hidupnya kepada Datuk Guluji, dia banyak mendapat ilham dan idea menulis sajak-sajak bertema Islam.

“Jadi, awak pun masuklah. Nanti awak juga boleh menjadi terkenal dalam dunia sastera Melayu seperti penulis wanita itu yang sangat dikagumi pembaca Melayu sejak dia mendapat restu Datuk Guluji,” katanya; sementara saya berpura-pura tidak mengenali penulis wanita yang dimaksudkan.

Sila KLIK DI SINI untuk membaca “Kisah Datuk Guluji” (Free Malaysia Today, 2 Disember 2013) dan mendapatkan maklumat lanjut. Pengakuan bekas pengikut Datuk Guluji boleh dibaca di sini: Guluji's ex-follower speaks dan Victims of Guluji must come forward dan Don't blame Hindu Sangam in Guluji issue dan Guruji a Prophet? 

Catatan tambahan pada 5 Disember 2013:

Beberapa rakan dan individu menghubungi saya dan mengesahkan mereka juga hadir semasa wanita berkenaan membuat pengakuan itu. Malah, khabarnya Datuk Guluji (bukan nama sebenar) menghadiahkan sejambak bunga kepada wanita itu dalam suatu majlis di PWTC sebagai tanda “mengiktiraf” wanita berkenaan.
 
Semoga khalayak pembaca tidak terpengaruh dengan sajak-sajak bertema Islam yang ditulis oleh ahli mana-mana kumpulan ajaran sesat! Atau sekurang-kurangnya, teliti sajak-sajak berkenaan untuk melihat unsur-unsur syirik yang mungkin terselit secara halus.
 
Baca juga:

Kisah mangsa 'guruji' dibukukan (Free Malaysia Today, 28 Disember 2013)
Lagi Kisah Datuk Guluji (Free Malaysia Today, 25 Januari 2014)
Mari Mengenal Datuk Guluji (The Malaysian Insider, 27 Januari 2014)
Kisah Datuk Seri Guruji (Free Malaysia Today, 27 Januari 2014)
Sekolah Jadi Pusat Guruji? (Free Malaysia Today, 1 Februari 2014)
Pengikut Guruji Perlu Ubah Sikap (The Malaysian Insider, 10 Februari 2014)
Hang Tuah Ganti Guruji (Free Malaysia Today, 10 Februari 2014)
Pendedahan Teknik Guruji (The Malay Mail Online, 11 Februari 2014)
Beri Peluang Guruji Bertaubat (Free Malaysia Today, 23 Februari 2014)
Wawancara Khas Guruji (Free Malaysia Today, 15 Mac 2014)