Monday, 10 February 2014

Pengikut Guruji Perlu Ubah Sikap

10 FEB – Makalah bertajuk “Mari mengenal Datuk Guluji” (TMI, 27 Januari 2014) mengundang reaksi daripada beberapa pihak. Saya memilih untuk mengabaikan maklum balas negatif yang tidak berasas daripada penyokong tegar seorang “guruji” yang marah-marah.
 
Dalam pada itu, saya sempat membincangkan topik berkaitan guruji dengan seorang pemuda bernama Magaenthiran Periaswamy yang berasal dari Shah Alam dan kini bekerja di Pulau Pinang.
 
Pemuda berumur 31 tahun itu sedia berkongsi pengalamannya secara objektif dengan harapan dapat berlaku adil kepada golongan guruji dan pengikut mereka. [BACA WAWANCARA DI SINI] Baca juga: Hang Tuah Ganti Guruji