Monday, 10 February 2014

Hang Tuah Ganti Guruji

Selepas isu mengenai penyebaran ajaran seorang guruji di sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) di sekitar Serdang, Selangor didedahkan menerusi makalah “Sekolah Jadi Pusat Guruji?” (FMT, 1 Feb 2014), khabarnya poster terbabit diturunkan segera.
 
Tentulah berita ini amat menggembirakan kerana tindakan akhirnya diambil selepas sebulan berlarutan tanpa sebarang reaksi daripada pihak pentadbir sekolah, khususnya guru besar.
 
Pada 4 Februari 2014, saya berpeluang bertemu yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terbabit untuk mendapatkan maklum balas beliau.
 
Secara umum, Tamil Selvan Thirumalai gembira kerana paparan di FMT – dan kemudian di akhbar Tamil Malar pada 2 Februari 2014 – berjaya menyelesaikan masalah. [BACA WAWANCARA DI SINI] Baca juga: KOLEKSI MAKALAH GULUJI DAN GURUJI.