11 FEB
– Isu kehadiran golongan “guruji” palsu semakin
hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat India di negara ini.
Walaupun golongan “pemimpin spiritual” seperti ini yang diragui kredibiliti
sudah lama beroperasi, hanya sejak sekitar Disember 2013 – BACA DI SINI – semakin ramai orang mula
berani bersuara secara terbuka.
Saya turut mengikuti perkembangan beberapa
guruji sejak sedekad lalu. Apabila individu yang menjadi mangsa penipuan mahu
tampil bersuara menerusi media sosial dan media alternatif, saya memberikan
khidmat nasihat sebagai perunding media.
Pada 31 Januari 2014, semasa berada di
Bedong, Kedah bagi Lawatan Lembah Bujang anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan),
saya berpeluang bertemu seorang mangsa yang kemudian menjadi seorang guruji. [BACA MAKALAH PENUH DI SINI] Baca juga: KOLEKSI MAKALAH GURUJI DAN GULUJI.