Sebagai salah satu projek bagi awal tahun 2015,
saya bercadang menerbitkan sebuah buku edisi khas yang menggabungkan kisah RAMAYANA (Bahagian 1-44) dan MAHABHARATA (Bahagian 1-57). Projek ini pernah dirancang pada Mei 2014 tetapi terpaksa ditangguhkan kerana pelbagai sebab. Kini diteruskan dengan harapan mendapat sokongan rakan-rakan yang prihatin.
Kedua-dua kisah berkenaan pernah disiarkan secara
bersiri di The Malaysian Insider dan Free Malaysia Today. Kini akan disunting
dan dikemas kini sebelum dibukukan. Pasti ada beberapa bahagian tambahan
dimasukkan dalam buku ini bagi menjadikannya sebuah dokumentasi berguna.
Judul buku
(cadangan): Mahabharata dan Ramayana
Kategori: Epik
India (diceritakan semula)
Khalayak sasaran:
Kanak-kanak, remaja, dewasa
Bahasa karya: Bahasa Malaysia
Penulis: Uthaya Sankar SB
Penerbit: Uthaya
Sankar SB
Ilustrasi: Uthaya
Sankar SB, Hussain Sajad dan PY Prue
Projek: Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Sebagai seorang penulis sepenuh masa (baca:
tiada sumber pendapatan tetap), saya mengharapkan sokongan serta sumbangan
rakan-rakan bagi menjayakan projek penerbitan buku ini.
Tiga bentuk bantuan, sokongan dan sumbangan
yang dicadangkan dan diharapkan:
1) TEMPAHAN AWAL
3) PENAJAAN
Penjelasan adalah seperti berikut dan anda
boleh memilih lebih daripada satu cara untuk membantu.
1) TEMPAHAN AWAL
Anda boleh membuat tempahan awal (pre-order) buku ini dengan membuat
bayaran selewat-lewatnya pada 31 Disember
2014. Buku ditawarkan pada harga RM30.00
senaskhah (termasuk kos PosLaju di
Malaysia). Nama pembeli (anda) akan disenaraikan pada buku. Rujuk kumpulan cerpen Kisah dari Siru Kambam (2013) novel Hanuman: Suara Hati (2013) sebagai
contoh. Tempahan hanya sah jika bayaran sudah dibuat. Harap maklum bahawa buku hanya dicetak dalam jumlah terhad mengikut jumlah tempahan berbayar. Baki buku (jika ada) selepas buku terbit akan dijual pada harga RM50.00 senaskhah (tidak termasuk kos
penghantaran).
3) PENAJAAN
Mungkin ada individu yang sudi menghulurkan
sumbangan ikhlas berbentuk tajaan (bukan pinjaman) bagi membantu saya dalam
penerbitan buku ini. Nama para penaja (anda) akan dinyatakan dalam buku. Jika
anda menaja (menyumbangkan) RM100.00
maka anda akan menerima senaskhah buku berkenaan sebagai tanda penghargaan (cenderamata)
sebaik terbit. Sumbangan RM200.00 =
dua naskhah buku percuma; sumbangan RM300.00
= tiga naskhah buku percuma; dan seterusnya. Jika anda memberikan sumbangan
ikhlas RM1,000.00 maka anda akan
dipelawa menulis prakata/pendahuluan sepanjang dua halaman bagi buku ini. Jika
anda memberikan sumbangan ikhlas RM2,000.00
maka anda akan dipelawa menulis prakata/pendahuluan sepanjang lima halaman bagi
buku ini.
EDITOR
BERSEKUTU – Peluang untuk menjadi Editor Bersekutu bagi buku ini akan
ditawarkan kepada 10-20 individu yang paling dahulu membuat tempahan awal
(minimum dua naskhah), meminjamkan wang (minimum RM200) atau menjadi penaja
(minimum RM100). Biodata dan foto Editor Bersekutu akan
dimuatkan dalam buku.
Sila
hubungi saya menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my atau mesej www.facebook.com/uthaya
untuk maklumat lanjut jika anda berminat membantu menjayakan projek penerbitan
ini. Sekiranya sambutan yang diterima sehingga 31 Oktober 2014 masih kurang memuaskan, maka projek penerbitan ini akan ditangguhkan atau dibatalkan terus.