Monday, 3 June 2013

Hanuman: Suara Hati [edisi terhad - kulit keras]

“Biarlah kera putih bermata hijau ini kembali hadir menyerikan mimpi indah kita.”

Seperti yang dinyatakan di blog pada 2 Jun 2013, saya (Uthaya Sankar SB) bercadang menerbitkan novel Hanuman: Suara Hati – judul asalnya Hanuman: Potret Diri (1996) – dalam bentuk “edisi terhad” (kulit keras) sekiranya mencapai jumlah tempahan minimum 100 naskhah. Jualan dimulakan melalui “tempahan awal berbayar” (paid pre-order).

Buku terbit pada 2 Oktober 2013; sempena memperingati tarikh kelahiran Mahatma Gandhi.


Judul: Hanuman: Suara Hati
Kategori: Novel Parodi Retorik
Penulis: Uthaya Sankar SB
Tahun terbit: 2013
Tebal: 250 halaman (termasuk prelim)
Jumlah cetakan: 500 naskhah (kulit keras; edisi terhad)
Harga pasaran: RM50.00 senaskhah
Penerbit: Uthaya Sankar SB
Pengedar: Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya
Borang pembelian: [SILA KLIK DI SINI]
 
Bahagian awal novel Hanuman: Suara Hati boleh dibaca DI SINI manakala terjemahan Bahasa Inggeris boleh dibaca DI SINI. Kisah disampaikan dari sudut penceritaan watak Hanuman.

Memandangkan novel yang dimurnikan ini terbit dalam bentuk “edisi terhad” dan dengan nombor siri khas, saya mencetaknya dalam edisi kulit keras (hardcover) sahaja. [RUJUK NOMBOR SIRI DI SINI]

Setiap naskhah ditandatangani dan ditulis nombor siri.  Memandangkan ini adalah “edisi terhad” maka tiada naskhah percuma untuk sesiapa. [BORANG PEMBELIAN DI SINI]
Nama para pembeli, nombor serta jumlah naskhah yang dibeli menerusi tempahan awal berbayar (paid pre-order)  disenaraikan di dalam buku sebagai tanda penghargaan. [RUJUK SENARAI NAMA DI SINI]

Mengikut perancangan, novel Hanuman: Suara Hati memuatkan beberapa lukisan saya. Bahagian prakata, prolog, epilog dan sebagainya ditambah bagi menjadikan buku “edisi terhad” ini lebih bernilai sebagai bahan dokumentasi sastera kebangsaan.

Sejumlah 50 pembeli awal (tempahan awal berbayar) menerima hadiah misteri. Kesemua pembeli (tempahan awal berbayar) menerima kad nama eksklusif yang boleh juga digunakan sebagai penanda buku istimewa. [LIHAT DI SINI]

Bagi setiap individu yang membuat tempahan awal berbayar (paid pre-order) sebelum 31 Julai 2013, namanya dimasukkan dalam senarai pada buku. Bagi tempahan awal berbayar 1-31 Ogos 2013, nama tidak dapat dimasukkan dalam buku kerana sudah terlewat. [BORANG PEMBELIAN - Sementara Stok Masih Ada]

Lihat juga: SENARAI EDITOR BERSEKUTU