25 Jan 2014

Lagi Kisah Datuk Guluji

Nampaknya masyarakat India di Malaysia semakin berani untuk tampil mendedahkan pelbagai salah laku dan penipuan yang dilakukan pihak tertentu dengan memanipulasi agama, motivasi dan meditasi.
 
Makalah bertajuk “Kisah Datuk Guluji” (FMT, 2 Disember 2013) bercerita tentang seorang individu yang berjaya menipu ribuan orang sejak beberapa tahun lalu.
 
Identiti para pemberi maklumat bagi makalah itu disembunyikan demi keselamatan diri mereka. Hal ini kerana khabarnya Datuk Guluji (bukan nama sebenar) mempunyai pengikut tegar yang lebih jahat daripada samseng dalam filem Tamil.
 
Pada kali ini, pelbagai maklumat disajikan berdasarkan pendedahan yang dilakukan beberapa orang; khususnya mereka yang pernah menjadi mangsa dan kemudian sedar diri (baca: melarikan diri). [BACA MAKALAH PENUH DI SINI]