Dalam makalah bertajuk “Thaipusam bukan lagi upacara keagamaan”
(FMT, 18 Januari 2014), saya turut
menyentuh mengenai pihak pengurusan kuil yang diterajui Tan Sri R Nadarajah
mempersoalkan hak Malaysia Hindu Sangam (MHS) menetapkan syarat dan peraturan
semasa sambutan Thaipusam di Batu Caves.
Saya turut memetik laporan FMT (13 Januari 2014) di mana bekas
presiden MHS, Datuk A Vaithilingam dikutuk oleh Nadarajah sebagai “orang tua yang tak ada tenaga untuk berjalan pun”.
Vaithilingam
menghubungi saya pada sebelah malam itu untuk memaklumkan bahawa apa yang
berlaku dalam isu berkenaan lebih merupakan salah faham dan masalah komunikasi.
[BACA HASIL PERBUALAN ITU DI SINI]