Sunday, 28 November 2010

Pelajarilah Bahasa

Kita mencintai bahasa Melayu kerana dulunya kita hidup di Tanah Melayu. Kita mencintai Bahasa Malaysia kerana kini kita berada dalam Malaysia. Kata-kata begini pun kadang-kadang menimbulkan kemarahan orang.
.

“Awak tidak patriotik, mana ada Bahasa Malaysia!” Kata seorang dramatis masak karbat.

.

Saya pun menjawab, “Maaf, bahasa Melayu ...”

.

Saya perlu cepat-cepat mengatakan ‘bahasa Melayu’, bukan ‘Bahasa Malaysia’, kerana saya nampak dramatis itu amat tidak senang dengan penyebutan istilah ‘Bahasa Malaysia’ itu.

.

Saya berfikir, daripada berbahas dengannya dalam perkara ‘ranting yang amat reput’ itu, baiklah balik tidur. Bagi saya, tidak mengapa kita sebut ‘bahasa Melayu’, dan tidak mengapa juga kita tingkatkan bahasa Melayu menjadi lebih besar: Bahasa Malaysia.

..

(Rohman Shaary, Tutorial Ahad, Sinar Harian, 28 November 2010)
...
Tambahan: Ada pula pihak yang menganggap hanya orang yang tidak bermaruah menyokong istilah Bahasa Malaysia! Sila klik DI SINI dan DI SINI untuk membaca pandangan-pandangan yang tidak bermaruah itu.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!