Saturday, 8 December 2012

Taiping: Keamanan yang Berkekalan

Sejak awal tahun 2012, saya terlibat dalam satu projek bertajuk “My Malaysia” di mana saya ditawarkan peluang menulis skrip ringkas – sekitar 3 minit – berkaitan topik “My Taiping”.
 
Saya memilih untuk menulis khusus mengenai pengalaman saya serta beberapa perkara pertama di Malaysia yang terdapat di Taiping. Selepas skrip saya dalam Bahasa Malaysia diluluskan dengan sedikit penyuntingan, saya membuat sari kata Bahasa Inggeris.
 
Rakaman suara dilakukan pada 5 Oktober 2012 dan klip video berkenaan dimuatkan di laman sesawang Kementerian Pelancongan Malaysia pada 7 Disember 2012.
 
Sila KLIK DI SINI untuk menonton klip video berkenaan. Anda juga mungkin berminat membaca buku Kisah dari Siru Kambam (2013).

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!