Wednesday, 26 August 2009

Kaum India dan Bahasa Malaysia

Usaha melengkapkan senarai “Sepuluh Menteri yang Mampu Bercakap Bahasa Malaysia dengan Fasih dan Secara Bermaruah Semasa Berucap pada Majlis Rasmi dan Semasa Sidang Media” menggunakan kemudahan jaringan sosial Facebook ternyata bukan mudah.

Sila KLIK DI SINI untuk membaca mengenainya.

Pada 24 Ogos 2009, saya cuba pula mendapatkan bantuan rakan-rakan di Facebook untuk melengkapkan senarai 100 individu kaum India yang fasih menggunakan Bahasa Malaysia.

Kayu ukur yang digunakan adalah cukup mudah: individu berkenaan mestilah lebih fasih daripada kebanyakan Menteri.

Saya sendiri telah mengemukakan nama beberapa individu yang segera muncul dalam fikiran; termasuk anak saya yang berusia 7 tahun!

Rakan-rakan pelbagai kaum di Facebook secara penuh ikhlas tampil menyatakan nama individu yang mereka kenali dan memenuhi “syarat” yang ditetapkan.

Pasti sahaja “Bahasa Malaysia” yang dimaksudkan adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang standard, bukan bahasa pasar atau dialek yang hanya difahami kelompok tertentu.

Untuk makluman, “fasih” yang dimaksudkan tidak bermakna individu berkenaan perlu bercakap seperti orang Melayu.

Ada seorang rakan menyatakan bahawa sepatutnya setiap rakyat Malaysia fasih Bahasa Malaysia.

(Saya menjawab begini sahaja: “Sepatutnya …”)

Seorang lagi rakan menyatakan bahawa bukan setakat 100, malah 1000 nama boleh dikemukakan.

(Hmm … sehingga 25 Ogos 2009, senarai 100 nama pun belum lengkap!)

Namun, bagi saya, apa yang lebih penting adalah hakikat bahawa dalam pada amat “sukar” untuk mengenal pasti 10 Menteri yang fasih menggunakan Bahasa Malaysia secara bermaruah, tidaklah “sukar” untuk mengenal pasti Rakyat (dalam konteks ini: kaum India) yang fasih menggunakan Bahasa Malaysia.

Mungkin ada hipotesis yang boleh dibuat untuk dibahaskan …

3 comments:

  1. Sebenarnya tiada apa nak dihairankan jika orang India di Malaysia boleh fasih berbahasa Malaysia..lainlah kalau India di negeri India. Yang menghairankan ialah India yang dah duduk di Malaysia bertahun-tahun tapi tak tahu berbahasa Malaysia...sedangkan di sekolah ada di ajar bahasa Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Tepat sekali! Cuma, nampaknya golongan orang politik (pelbagai kaum) diberi pengecualian.

    ReplyDelete
  3. good one.. salam ramadhan dari penuntut di bumi Eire.. blog hopping.. rajin2, lompat laa ke blog hamba.. :)

    ReplyDelete

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!