
Demikian saya menyatakan semasa Mesyuarat Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) pada 3 Ogos 2009 (Isnin) di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya.
Saya terpaksa menegaskan perkara itu berikutan ada usul daripada beberapa individu supaya penggunaan istilah “Bahasa Malaysia” dimansuhkan apabila merujuk pada bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia.
Usul berkenaan dikemukakan selepas pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memaklumkan bahawa istilah yang digunapakai adalah “Bahasa Malaysia” selaras dengan keputusan Kabinet pada tahun 2007.
Tentu sahaja saya lebih rela mati di hujung pedang daripada mati kena tendang!