28 May 2011

Ibu Bapa Buat Laporan Terhadap YDP PIBG

Kandungan laporan polis oleh lebih 20 ibu bapa/penjaga di Balai Polis Taman Sri Muda, Shah Alam pada 10:00 pagi, 28 Mei 2011:

Pada 25 Mei 2011, saya telah terbaca berita bertajuk “PIBG lapor polis kes fitnah” di akhbar Sinar Harian, 25 Mei 2011 di mana Yang Dipertua PIBG SMK Taman Sri Muda, Shah Alam, Anita Atan pada 24 Mei 2011 membuat laporan di Balai Polis Taman Sri Muda dengan mengatakan bahawa kumpulan ibu bapa telah memfitnah, memprovokasi, menghina, mencemarkan maruah dan imej, serta menuding jari mencari kesalahan AJK PIBG.


Kenyataan Anita Atan adalah berniat jahat kerana segala rasa tidak puas hati dan komen terhadap pengetua dan AJK PIBG seperti disiarkan di akhbar Sinar Harian (25 Mei 2011) diluahkan oleh ibu bapa/penjaga secara ikhlas dan terbuka demi kesepakatan dan kesejahteraan bersama semasa menghadiri Sesi Dialog & Pemuafakatan yang diatur oleh PIBG sendiri pada 21 Mei 2011 di Dewan SMK Taman Sri Muda.


Saya sebagai salah seorang ibu bapa/penjaga yang menghadiri Sesi Dialog & Pemuafakatan itu amat kecewa dengan sikap Anita Atan memutar-belit fakta dalam kenyataan kepada wartawan akhbar Sinar Harian. Saya membuat laporan polis ini untuk membersihkan maruah dan imej saya yang tercemar berikutan kenyataan Anita Atan.


Laporan ini dibuat untuk rujukan pihak-pihak berkenaan dan makluman pihak polis.