1. Pengetua tidak ada pengetahuan “public relation” (PR) – tidak tahu cara bercakap sopan dan bertamadun dengan ibu bapa yang pergi bertemunya untuk bincang hal pelajar.
2. Pengetua tidak akui kesalahan, bersikap lepas tangan dan pandai putar-belit fakta untuk selamatkan diri dan sembunyikan kesalahannya.
3. Pengetua selalu ponteng, datang lewat ke sekolah dan sering melepak di kantin sambil makan-minum. Abaikan tugas sebagai pentadbir.
4. Pengetua tidak mahu berjumpa ibu bapa yang menunggu di pejabat.
5. Semasa perhimpunan sekolah, pengetua beritahu pelajar bahawa dia tidak akan layan dan tidak mahu jumpa ibu bapa yang datang ke sekolah.
6. Dalam kes 13 April, 19 April dan 20 April, pengetua tidak ambil berat dan langsung tidak hubungi ibu bapa untuk jelaskan apa yang berlaku.
7. Dalam kes 13 April (pelajar dibuli & dibelasah 8 pelajar), pengetua tidak laporkan kepada PPD dan JPS. PPD dan JPS hanya tahu kes itu di Balai Polis Seksyen 15 selepas berlaku kes rusuhan pada 20 April.
8. Pengetua tidak mengajar di kelas, tapi suruh guru lain ganti.
9. Perhimpunan aman pada 25 April adalah bukti ibu bapa, penjaga, bekas pelajar, penduduk sekitar tidak puas hati, kecewa dan marah.
10. Terima kasih kepada media & wartawan. Sokongan media perlu untuk bantu kami bersuara supaya didengar oleh Kementerian Pelajaran, Menteri, Pejabat Pendidikan Daerah & Jabatan Pelajaran Selangor.
11. Ibu bapa, penjaga, bekas pelajar & penduduk sudah serah surat aduan dan petisyen pada 3 Mei – mahu siasatan segera & menyeluruh; mahu pengetua ditukar dengan segera!
12. Pelajar juga kecewa dengan pengetua. Conteng dinding sekolah untuk luahkan perasaan protes mereka. Pelajar ada tandatangan petisyen mereka sendiri tapi tidak diserah ke Putrajaya.
13. Suasana tak harmoni (tak aman) di sekolah berikutan kegagalan pengetua mentadbir dengan baik. Hubungan sesama pelajar dan guru pelbagai kaum sudah tidak rapat seperti dulu. Inikah konsep 1Malaysia?
14. Tindakan pengetua cetuskan api perkauman di kalangan pelajar dan guru. Contoh: Pengetua kata, guru India & Cina tak suka pelajar Melayu.
15. Disiplin semakin teruk kerana pengetua gagal memainkan peranan sebagai ketua pentadbir. Dia punca semua masalah. Mesti dibuang segera!
16. Banyak masalah di sekolah ini sejak 4 tahun lalu. Keadaan semakin teruk.
17. Ada kemungkinan salah guna kuasa dan dana (duit) oleh pengetua. SPRM?
18. Pengetua sudah “kuasai” PIBG dan Yang Dipertua PIBG pula seperti “kuli” pengetua.