14 May 2011

Saksi Tampil Beri Keterangan Bertulis

Susulan insiden seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Shah Alam dibuli dan dibelasah sekumpulan lapan pelajar Tingkatan Empat pada 13 April 2011, seorang pelajar tampil memberi keterangan bertulis sebagai saksi kejadian.

Keterangan saksi itu bertulis tangan pada kertas kajang yang turut memaparkan logo dan nama sekolah berkenaan. Berikut kandungan keterangan itu; tetapi nama dan kaum pelajar dipadam pada paparan di bawah ini.


Pada 13-4-2011 lebih kurang pukul 8.05 hingga 8.40 semasa saya dan [nama mangsa] hendak mengambil kerusi. Semasa hendak masuk ke kelas, saya dan [nama mangsa] terserempak dengan sekumpulan budak [kaum tertentu]. Mereka menghalang [nama mangsa] untuk melalui kaki lima di tingkat tiga Blok B. Lebih kurang lapan orang pelajar telah memukul [nama mangsa] dengan menggunakan kerusi yang kami ambil. Mereka memukul [nama mangsa], memijak [nama mangsa], menendang [nama mangsa] dan membaling [nama mangsa] menggunakan kasut [nama mangsa] yang tercabut dari kaki [nama mangsa]. Saya [nama saksi] akan menjadi saksi kes [nama mangsa].


Keterangan bertulis itu juga disertai tandatangan dan nama mangsa dan saksi berkenaan.


Nota: Sila maklum bahawa maklumat yang disiarkan di blog ini adalah benar, betul dan diperoleh dari sumber yang sah. Sekiranya sesiapa mahu mempersoalkan atau menafikan kandungan berita/maklumat di blog ini, sila hubungi Uthaya Sankar SB melalui e-mel uthayasb@yahoo.com.my atau talian 016-3288142.