30 Mar 2011

Panchayat: 978-983-40562-6-1

Seperti yang saya catatkan sebelum ini – BACA DI SINI – saya sedang dalam proses awal menerbitkan novel Panchayat dalam bentuk Edisi Khas. Malah, judulnya adalah Panchayat: Edisi Khas.


Saya dan Rajan Raj ke Pusat Kebangsaan ISBN di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada petang 29 Mac 2011 untuk menguruskan ISBN bagi Panchayat: Edisi Khas.


Encik Ishak Awang yang pernah membantu saya dalam memproses ISBN bagi Kathakali (2009) turut tampil membantu memudahkan urusan saya bagi novel ini.


Nombor ISBN bagi novel Panchayat: Edisi Khas adalah 978-983-40562-6-1 dan saya bercadang menerbitkannya pada tahun ini. Apabila terbit nanti, akan diedarkan oleh saya sendiri menerusi Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya sebagai usaha mengurangkan birokrasi dalam pengedaran dan pemasaran.


Saya percaya bahawa novel edisi khas yang “dimurnikan” itu mampu membantu masyarakat pelbagai kaum mengenali budaya masyarakat India di Malaysia secara lebih dekat dan mendalam