Sukacita dimaklumkan bahawa pada pagi 29 Mac 2011, saya akhirnya sempat meluangkan masa untuk ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menguruskan pendaftaran syarikat/perniagaan saya.Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya juga dikenali sebagai Uthaya’s Media, Motivation and Publication Consultancy dan terlibat dalam jenis perniagaan berikut:
Khidmat rundingan profesional berkaitan media konvensional dan alternatif; ceramah motivasi dan media; penerbitan dan pengedaran bahan bacaan; serta khidmat rundingan berkaitan bahasa dan penulisan.
Sebagai permulaan, saya berasa bangga kerana berpeluang mengedarkan sejumlah kecil buku-buku Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Saya dan Rajan Raj mendapatkan stok buku-buku berkenaan daripada Saudara Helmy Samad pada petang 29 Mac 2011.
Judul yang ada pada saya sekarang adalah:
Rindu Ibu -- RM10.00 (Kulit Nipis) -- Maklumat DI SINI
Keledang -- RM10.00 (Kulit Tebal) -- Maklumat DI SINI
Cinta Fansuri -- RM10.00 (Kulit Nipis) -- Maklumat DI SINI
Ilham di Tepi Tasik -- RM10.00 (Kulit Nipis) -- Maklumat DI SINI
Dari Salina ke Langit Petang -- RM10.00 (Kulit Nipis) -- Maklumat DI SINI
Bendera di Atas Bukit -- RM10.00 (Kulit Tebal) -- Maklumat DI SINI
Yang Berat Sama Dipikul -- RM10.00 (Kulit Tebal) -- Maklumat DI SINI
Saya juga akan cuba mendapatkan sejumlah kecil buku-buku Sasterawan Negara Datuk Usman Awang daripada Puan Haslina Usman dalam masa terdekat:
Tulang2 Berserakan
Turunnya Sebuah Bendera
Sahabatku
Buku-buku berkenaan akan dijual pada harga diskaun kepada guru dan pelajar semasa program di sekolah. Juga untuk dijual kepada orang ramai yang berminat mendapatkan karya nadir kedua-dua Sasterawan Negara berkenaan; sama ada untuk bacaan sendiri atau sebagai hadiah bernilai tinggi untuk diberi kepada anak-anak, rakan-rakan dan kenalan.
Nantikan maklumat lanjut dalam masa terdekat!
No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!