31 May 2010

Bharatanatyam, Tarian Tradisional Tamil

Bharatanatyam adalah tarian tradisional masyarakat Tamil dari Tamil Nadu, India. Istilah “bharatanatyam” berasal daripada gabungan suku kata “bha” (bhava, ekspresi), “ra” (raga, muzik), “ta” (tala, ritma) dan “natyam” (seni tarian dramatik).
..
Istilah ini mula dipelopori oleh guru tarian, E Krishna Iyer pada pertengahan tahun 1930-an, dan seterusnya dipopularkan pula oleh seorang lagi guru tarian, Rukminidevi Arundale.
.

Teknik tarian bharatanatyam adalah berasaskan teks Natya Sastra yang dianggap sebagai manual rasmi bagi semua seni drama, tarian dan muzik tradisional di negara India. Natya Sastra ditulis oleh Bharata Muni lebih 2500 tahun dahulu.

.

Pada asalnya, bharatanatyam hanya ditarikan oleh devadasi iaitu golongan gadis yang menghambakan diri kepada dewa-dewa dan kuil, serta tidak akan berkahwin sepanjang hayat. Golongan devadasi membuat persembahan bharatanatyam di kuil untuk menunjukkan cinta mereka terhadap dewa yang dipuja.

.

Mengikut peredaran zaman, bharatanatyam mula menjadi persembahan pentas. Penari lelaki juga mula melibatkan diri dalam tarian tradisional ini.

.

Terdapat dua bahagian utama dalam tarian bharatanatyam iaitu nritta dan nritya. Nritta merujuk pada gerak-geri abstrak oleh penari dalam usaha menunjukkan kehebatan dan kemampuan membuat persembahan bharatanatyam.

.

Manakala bahagian nritya adalah bahagian “cerita” di mana penari menjadi “pencerita” yang akan menyampaikan sebuah kisah kepada para penonton melalui gerak-geri (abhinaya) penuh ekspresif tanpa suara. Kisah akan disampaikan melalui lagu yang dinyanyikan oleh seorang vokalis wanita.

.

Abhinaya yang digunakan oleh penari bharatanatyam termasuk mukhabhinaya (ekspresi muka), hastabhinaya (ekspresi tangan; mudra), netrabhinaya (ekspresi mata) dan angikabhinaya (gerak-geri seluruh tubuh).

.

Pergerakan penari adalah secara semitrikal; iaitu apabila suatu aksi dilakukan pada sebelah kanan, maka aksi yang sama akan dilakukan pada sebelah kiri. Penari bharatanatyam juga mampu menggerakkan setiap bahagian anggotanya secara berasingan; misalnya hanya kepala atau mata digerakkan.



Miliki buku Malaiur Manikam (2015), Mandala Bicara (2016) dan Suvarna Bhumi (2022) untuk pelbagai maklumat mengenai budaya kaum India. Semak stok - klik di sini.

..

Nota: Maklumat ini ditulis oleh Uthaya Sankar SB untuk sebuah ensiklopedia pelajar tetapi tidak diketahui sama ada ensiklopedia berkenaan sudah terbit.

30 May 2010

Sastera Tamil di Malaysia

Sastera Tamil di Malaysia dikatakan bermula dengan terbitnya novel sulung berjudul Karunakaran Allathu Kathalin Matchi (1917) karya K Vengadaratnam dari Tamil Nadu, India. Kumpulan cerpen sulung pula terbit pada tahun 1930 dengan tajuk Navarasa Katha Manchari iaitu lima cerpen karya V Sinniah Pillai. Kumpulan cerpen kedua berjudul Kadhaisipanthikalin Kannir (1946) mengumpulkan karya AMM Ibrahim.
..

Rata-rata tema novel dan cerpen awal adalah tentang kemerdekaan India, sistem kasta dan dowri dalam perkahwinan. Latar tempat yang ketara menggunakan Tamil Nadu dan Sri Lanka mula berubah menggunakan latar Malaya pada tahun 1950-an.

.

Akhbar Tamil banyak menyumbang ke arah perkembangan cerpen di Malaya/Malaysia sejak tahun 1950-an; antaranya Tamil Nesan, Tamil Chelvan, Tamil Kodi, Malaysia Nanban, Inba Nilayam, Senthamil Selvi dan Tamil Murasu. Akhbar Tamil Nesan, Malaysia Nanban dan Makkal Osai masih meneruskan usaha ini.

.

Dari November 1950 hingga April 1951, akhbar Tamil Nesan mengadakan ruangan “Kelas Cerita” untuk memberi tunjuk ajar menulis cerpen kepada bakat-bakat muda. Pada tahun 1953, akhbar Tamil Murasu mengadakan ruangan khas bagi penyiaran karya penulis muda.

.

Jurnal sastera bahasa Tamil juga memuatkan cerpen dan novel bersiri; antaranya adalah jurnal Solai (1952), Thirumugam (1955), Sangamani (1955), Madhavi (1959) dan Ponni (1965). Pada masa kini, akhbar mingguan Vanampaadi serta majalah seperti Thendral dan Nayanam masih memberi ruang bagi penyiaran cerpen dan puisi. Pertandingan menulis cerpen yang menawarkan hadiah turut giat dianjurkan oleh pihak akhbar.

.

Kebanyakan penulis awal sajak, cerpen dan novel Tamil berpendidikan Tamil serta menjadi guru sekolah Tamil, wartawan akhbar Tamil atau bekerja di Jabatan Kerja Raya. Tema-tema yang menjadi pilihan adalah berkaitan masalah sosial, cinta, penderitaan akibat perang dan masalah di ladang. [BACA LAGI]

.

Novel-novel yang terbit sebelum tahun 1957 ketara bertema penyiasatan, iaitu tema yang ditiru dari Tamil Nadu. Malah, latar Tamil Nadu juga menjadi pilihan kerana ramai juga penulis yang berasal dari sana.

.

Persatuan Penulis-penulis Tamil Malaysia yang diasaskan pada tahun 1958 mula membantu para penulis bergiat secara aktif dalam menghasilkan karya bermutu. Pertandingan menulis novel yang pertama telah dianjurkan pada tahun 1969 bagi merancakkan usaha menulis novel. Persatuan Bahasa Tamil, Universiti Malaya pula menganjurkan pertandingan cerpen dalam mencungkil bakat-bakat baru.

.

Karya bahasa Tamil dihasilkan dalam bentuk puisi, lirik lagu, cerpen, esei, novel, drama radio dan drama pentas. Antara pengarang veteran sastera bahasa Tamil di Malaysia ialah M Ramaiah, R Perumal, M Ramakrishnan, M Arivanandan, M Anbuchelvan, MS Gurusamy, Re Shanmugam, R Kartigesu, MA Ilanchelvan, Karaikilar, N Mariappan, M Durairaj, M Sultan, Hassan Ghani, C Sockalingam, S Kamala, I Ilavalagu, Paavai, Ko Punniavan, Samy Murthy, Ku Krishnan, V Poobalan dan B Chandrakantham.

.

Terdapat juga usaha menterjemah cerpen Tamil ke bahasa kebangsaan, misalnya antologi Seruling di Persimpangan (1999). Usaha mengkaji puisi, cerpen, novel dan drama bahasa Tamil dilakukan secara berterusan dan mendalam oleh Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya.

..

Nota: Maklumat ini ditulis oleh Uthaya Sankar SB untuk sebuah ensiklopedia pelajar tetapi tidak diketahui sama ada ensiklopedia berkenaan sudah terbit.

29 May 2010

Bengkel Penulisan Cerpen

Pada 1 Jun 2010 (Selasa), Sekolah Menengah Tsun Jin, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur menganjurkan Bengkel Penulisan Cerpen sempena pelancaran Anugerah Kesusasteraan Tsun Jin 2010.
..

Pengetua, Cheng Ah Swee, menerusi surat bertarikh 12 April 2010 mengundang Unit Akademik Karangkraf (Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd) mengendalikan bengkel berkenaan yang bertujuan memberi kemahiran berkaitan penulisan cerpen kepada pelajar dan guru sekolah itu.

..

Saya akan membimbing peserta yang dijangka agak ramai memandangkan pelajar dan guru sekolah itu khabarnya amat berminat mendalami ilmu berkaitan penulisan cerpen Bahasa Malaysia, sekali gus bercadang memanfaatkan pengetahuan itu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

..

Nota bengkel sudah saya kirim melalui e-mel kepada Ketua Panitia Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Tsun Jin, Goh Li Li, pada 27 Mei 2010 untuk difotokopi dan diedarkan kepada peserta. Saya memberitahu beliau bahawa saya akan membawa beberapa naskhah Kathakali dan Rudra Avatara untuk dijual kepada pelajar atau guru yang berminat.

..

Untuk makluman, Bengkel Sehari Penulisan Cerpen akan berlangsung pada 13 Jun 2010 (Ahad) di Shah Alam dengan menumpukan kepada 5-10 peserta sahaja.

28 May 2010

Silappadikaram

Silappadikaram juga disebut Cilappatikaram dan Cilappadhikaram. Ia adalah satu daripada lima epik agung dalam sastera klasik Bahasa Tamil.
.

Silappadikaram merakamkan citra hidup masyarakat di India Selatan pada kurun kedua. Penulis epik ini ialah Putera Ilango Adigal, iaitu adik kepada Raja Chenguttuvan yang memerintah kerajaan Chera di negeri Kerala, India Selatan.

.

Tidak hairanlah epik ini mengisahkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di tiga kerajaan besar di India Selatan; iaitu di kerajaan Chera, Chola dan Pandian.

.

Silappadikaram pada asasnya mengangkat tiga tema yang berkaitan dengan kebenaran hakiki; iaitu (1) raja yang gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab akan menerima hukuman yang setimpal, (2) wanita yang suci dan setia terhadap suami akan disegani, (3) nasib dan takdir ketentuan Tuhan tidak boleh diubah oleh manusia.

.

Watak-watak utama dalam epik ini ialah Kovalan dan Kannagi. Kovalan dituduh mencuri gelang kaki permaisuri kerajaan Pandian, lalu dihukum bunuh. Demi menuntut keadilan, isterinya, Kannagi menyumpah seluruh kota Madurai musnah dalam kebakaran.

..

Nota: Maklumat ini ditulis oleh Uthaya Sankar SB untuk sebuah ensiklopedia pelajar tetapi tidak diketahui sama ada ensiklopedia berkenaan sudah terbit.

27 May 2010

Demi Masa

Apabila bercakap mengenai masa, saya sering teringat sebuah sajak mudah yang saya hasilkan pada usia muda; “Masa”.
.

Saya juga sering ditanya bagaimana saya ada masa untuk membaca buku cerita, menulis cerita dan menonton DVD. Jawapan saya cukup mudah apabila saya dedahkan kepada orang yang bertanya bahawa Tuhan memberikan saya 24 setengah jam dalam sehari; maka lebihan setengah jam itulah yang saya gunakan untuk membaca buku cerita, menulis cerita dan menonton DVD.

.

Tentu sahaja reaksi yang saya terima adalah kata-kata bahawa hanya ada 24 jam dalam sehari dan Tuhan tidak memberi 30 minit tambahan kepada saya atau kepada sesiapa.

.

Tepat sekali! Memang ada 24 jam sahaja dalam sehari dan terpulang pada kita sendiri untuk mengatur masa supaya ada “masa tambahan” bagi membuat kerja-kerja lain.

.

Apabila bercakap mengenai “masa”, saya sering kaitkan juga dengan “menepati masa”. Dalam Kumpulan Sasterawan Kavyan, istilah yang digunakan adalah “Waktu Kavyan”.

.

Masyarakat sudah terbiasa datang lewat. “Lewat” sudah menjadi norma dalam masyarakat. Kononnya “biar lambat, asalkan selamat” dan “better late than never”. Bagi saya, “biar cepat, asalkan selamat” dan “better early than never”.

.

Apabila ada temu janji, saya berusaha datang sekitar 15 minit lebih awal. Begitu juga, apabila seseorang membuat temu janji, saya akan mendapatkan pengesahan sama ada masa yang dinyatakan itu “tepat” atau “sejam kemudian”.

.

Saya cukup pantang apabila setelah membuat temu janji (appointment) untuk bertemu “tokoh” tertentu, mereka tetap kononnya terlalu sibuk sehingga kita terpaksa menunggu begitu lama untuk bertemu mereka.

.

Tidakkah “tokoh” berkenaan sedar bahawa temu janji dibuat kerana dia memang kononnya terlalu sibuk dan “temu janji” bermakna dia sudah berjanji memperuntukkan masa untuk kita?

.

Dalam keadaan seperti itu, tanpa mengira siapakah “tokoh” berkenaan, saya biasanya meninggalkan sahaja tempat itu selepas meminta ‘salam’ saya dikirimkan kepada “tokoh” itu yang tidak tahu menghormati masa.

26 May 2010

Rekaan Semata-mata

Semasa menyunting berita bagi halaman Jenayah, Mahkamah dan Bisnes di Sinar Harian pada petang 24 Mei 2010, saya terbaca satu skrip berita mengenai insiden dua remaja berumur 18 tahun yang berlaku pada 20 Oktober 2009.

Ringkasan kisah itu saya paparkan pada ruangan status Facebook pada hari yang sama:


Dua remaja (18 tahun) makan malam di kedai. Mereka menunggang motosikal untuk pulang lalu dikejar tiga motosikal ditunggang tiga lelaki berpakaian biasa. Remaja ketakutan dan mula memecut. Tembakan membunuh seorang remaja. Rupa-rupanya tiga lelaki itu polis! Boleh dijadikan cerpen? Sudut penceritaan remaja yang terselamat. [LAGI]


Seorang rakan (bekas pelajar saya) segera memberi reaksi bahawa ia “satu plot cerita yang amat menarik” sementara seorang lagi rakan (penulis) mengatakan bahawa dia “risau akan border line pihak editorial yang terikat dengan norma-norma penerbitan arus perdana”.


Segera pula saya terkenang akan cerpen “Politik Baru YB J” (Mingguan Malaysia, 12 Oktober 2008) yang disifatkan oleh penulisnya, Datuk Chamil Wariya, sebagai “hanya rekaan semata-mata. Watak-wataknya adalah rekaan yang langsung tiada kaitan dengan mereka yang hidup dan mati”. [LAGI]


Persatuan Penulis Nasional (Pena) juga tampil menyokong tindakan itu atas alasan “hak penulis untuk berkreatif” seperti dilaporkan secara amat objektif oleh Jimadie Shah Othman di Malaysiakini pada 17 Oktober 2008. [LAGI]


Kesimpulannya amat mudah: tidak salah jika sesiapa (khususnya “penulis karya kreatif”) muncul dengan siri kisah kreatif mengenai anggota polis yang menembak remaja, tokoh politik yang mengarah individu tertentu dibunuh, pegawai kerajaan yang meminta rasuah, individu ditolak dari bangunan semasa disiasat, polis trafik yang meminta rasuah atau calon pilihan raya yang merasuah pengundi secara terang-terangan.


Kalau dipertikaikan orang, salin dan tampal alasan ini: “hanya rekaan semata-mata. Watak-wataknya adalah rekaan yang langsung tiada kaitan dengan mereka yang hidup dan mati” dan "hak penulis untuk berkreatif".


Sementara itu, saya akan terus menulis cerpen berciri faksyen iaitu kisah-kisah berdasarkan insiden dan watak sebenar; kecuali dapat dibuktikan sebaliknya!

25 May 2010

Subramaniya Bharati

Subramaniya Bharati (11 Disember 1882 – 11 September 1921) terkenal sebagai penyair yang memperjuangkan kemerdekaan negara India dan kecintaan terhadap bahasa Tamil.

Bakat kepenyairannya diiktiraf seawal usia sebelas tahun apabila pemerintah di Ettiyapuram menganugerahkannya gelaran “bharati”. Selain menjadi penyair istana, Subramaniya Bharati juga berpengalaman sebagai guru dan editor jurnal.


Penglibatannya dalam dunia penerbitan digunakan sepenuhnya untuk menulis dan menyiarkan karya-karya bertema perjuangan kemerdekaan India daripada penjajahan British.


Penyair ini menguasai pelbagai bahasa termasuk Bengali, Hindi, Sanskrit dan Inggeris. Beliau juga menterjemah karya bahasa-bahasa lain ke Bahasa Tamil. Namun, beliau dengan tegas mengatakan bahawa tiada bahasa lain di dunia ini yang lebih indah daripada bahasa Tamil.


Selain menterjemah Bhagavad Gita ke Bahasa Tamil, Subramaniya Bharati juga menghasilkan Kannan Paatu, Kuyil Paatu dan Panjali Sabatham. Banyak sajak ciptaannya dijadikan lagu, dan masih diberi nafas baru oleh pemuzik muda serta dimasukkan dalam filem Tamil.


Nota: Maklumat ini ditulis oleh Uthaya Sankar SB untuk sebuah ensiklopedia pelajar tetapi tidak diketahui sama ada ensiklopedia berkenaan sudah terbit.

24 May 2010

Sajak Kavyan ke Amerika Syarikat

Pada 9 April 2010, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) menerima undangan melalui e-mel daripada editor sebuah majalah puisi berwibawa di Amerika Syarikat.
..

Majalah berkenaan memberi kepercayaan kepada Kavyan (yang disifatkan oleh editor berkenaan sebagai “a major figure in the Malaysian literary scene”) untuk mengenal pasti beberapa penulis kaum India untuk disiarkan sajak (puisi moden) mereka dalam majalah itu bagi terbitan April 2011.

..

Kavyan menyifatkan ruang yang diberikan ini sebagai suatu peluang keemasan untuk menonjolkan Sasterawan Kavyan dan Sastera Kavyan ke peringkat antarabangsa dalam bentuk “sajak dalam terjemahan” (poetry in translation).

..

Setiap penulis boleh mengemukakan 3-5 sajak yang merupakan karya asli; sebaik-baiknya sajak yang sudah pernah disiarkan. Karya asli ini boleh jadi dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Tamil. Bagaimanapun, setiap sajak wajib diterjemahkan ke Bahasa Inggeris untuk disiarkan dalam kedua-dua bahasa bagi majalah di Amerika Syarikat.

..

Kavyan menggalakkan penulis menterjemah sendiri sajak Bahasa Malaysia atau Bahasa Tamil ke Bahasa Inggeris kerana rata-rata Sasterawan Kavyan berciri trilingual dan hanya mereka yang benar-benar mengenali “roh” dalam sajak yang dihasilkan.

..

Walaupun karya penulis kaum India akan dimuatkan dalam keluaran April 2011, Kavyan diminta mengirim manuskrip selewat-lewatnya 31 Mei 2010 bagi tujuan penilaian. Tentu sahaja hanya karya yang benar-benar mencapai tahap kualiti antarabangsa yang ditetapkan oleh editorial majalah berkenaan akan disiarkan.

..

Para penulis kaum India yang berminat telah dipelawa mengirim sajak (Bahasa Malaysia serta terjemahan Bahasa Inggeris) berserta biodata ringkas (Bahasa Inggeris) ke alamat e-mel infokavyan@yahoo.com.my sebelum 21 Mei 2010.

..

Sehingga 21 Mei 2010, enam sajak Bahasa Malaysia berserta terjemahan Bahasa Inggeris diterima oleh Kavyan. Sajak-sajak berkenaan sudah dikirim kepada editor majalah puisi di Amerika Syarikat dan penulis terbabit sudah dimaklumkan mengenainya.

23 May 2010

R K Narayan

R K Narayan (10 Oktober 1906 – 13 May 2001) adalah nama pena bagi Rasipuram Krishnaswami Iyer Narayan Swami. Beliau lahir dan membesar selama 15 tahun di rumah neneknya di Madras, Tamil Nadu, India.
..

R K Narayan mencipta sejarah dalam dunia sastera dengan melahirkan “Malgudi” iaitu sebuah daerah khayalan yang menjadi latar bagi hampir kesemua karyanya.

..

Novel-novel yang dihasilkan ialah Swami and Friends (1935), The Bachelor of Arts (1937), The Dark Room (1938), The English Teacher (1945), Mr Sampath (1949), The Financial Expert (1952), Waiting for the Mahatma (1955), The Guide (1958), The Man-eater of Malgudi (1962), The Vendor of Sweets (1967), The Painter of Signs (1976), A Tiger for Malgudi (1983), Talkative Man (1986) dan The World of Nagaraj (1990).

..

Kumpulan cerpen beliau berjudul An Astrologer’s Day and Other Stories (1947), Lawley Road (1956), A Horse and Two Goats (1970), Malgudi Days (1982), Under the Banyan Tree (1985), Grandmother’s Tale (1993), manakala kumpulan esei berjudul Next Sunday (1960), Reluctant Guru (1974), A Writer’s Nightmare (1988) dan Salt and Sawdust (1993).

..

Pada tahun 1980, R K Narayan menerima pingat A.C. Benson daripada Royal Society of Literature di Amerika. Kerajaan India pula memberi anugerah yang membawa gelaran “Padma Vibhushan” pada tahun 2000.

..

Nota: Maklumat ini ditulis oleh Uthaya Sankar SB untuk sebuah ensiklopedia pelajar tetapi tidak diketahui sama ada ensiklopedia berkenaan sudah terbit.

22 May 2010

Valmiki

Valmiki dikenali di seluruh dunia sebagai pengarang epik Ramayana. Beliau digelar “adikavi” iaitu “penyair sulung” manakala Ramayana digelar “adikavya” iaitu “puisi sulung”. Nama asal Valmiki dipercayai ialah Ratnakara.
.

Pada suatu hari, beliau mengikut bapanya, Prachetasa, seorang alim ke hutan. Ratnakara sesat lalu ditemui seorang pemburu. Maka, Ratnakara membesar dalam keluarga pemburu itu dan menjadi seorang perompak jalanan.

..

Suatu hari, dia didatangi Naratar, seorang alim yang menyedarkannya tentang perbuatan merompak adalah tidak baik. Ratnakara bertapa bertahun-tahun lamanya sehingga tubuhnya ditutup sarang semut (“valmika” dalam Bahasa Sanskrit).

.

Apabila akhirnya dia keluar, Ratnakara digelar Valmiki dan menjadi Bhramarishi, iaitu ketua orang alim. Valmiki memulakan ashramam iaitu tempat bagi orang-orang alim berkumpul. Di situlah Valmiki mendengar kisah mengenai Rama, Sita dan Laksamana.

.

Apabila Rama mencurigai kesetiaan dan kesuciaan Sita, dia dihantar ke ashramam yang dimiliki oleh Valmiki. Sita yang sedang mengandung, melahirkan Lava dan Kusa di situ.

.

Sementara itu, Valmiki menghasilkan epik Ramayana dalam bentuk puisi klasik Sanskrit, iaitu sloka. Apabila siap, sloka itu diajar kepada Lava dan Kusa. Suatu hari, Rama sendiri mendengar sloka itu dan menyedari kesilapannya menghalau Sita dari istana.

.

Walaupun maklumat lengkap Valmiki tidak diketahui, namun, sumbangan beliau dalam menghasilkan epik Ramayana yang kini tersebar ke seluruh dunia dalam pelbagai bahasa tetap dihargai.

..

Nota: Maklumat ini ditulis oleh Uthaya Sankar SB untuk sebuah ensiklopedia pelajar tetapi tidak diketahui sama ada ensiklopedia berkenaan sudah terbit.

21 May 2010

Get This Book Before It’s – !

Professor Dato’ Dr Md Salleh Yaapar, the Director of Universiti Sains Malaysia Press, sent a complimentary copy of K J Ratnam’s Intellectuals, Creativity and Intolerance (2010) to Kumpulan Sasterawan Kavyan and it reached me timely on 19 May 2010, as I was in the midst of blogging about interfaith dialogues.
.

This handsomely presented, 96 pages of intellectual thoughts offered in three chapters is a must-read for anyone who knows that s/he is not merely “an apologist” who can be called upon by “those in power” to give justification for their policies.

.

Call me a pessimist but while indulging in this book, published under Penerbit USM’s Special Publication Series, I could not help but keep visualizing a “certain group” (kumpulan tertentu) campaigning strongly to have this book taken off the shelves immediately.

.

Correction: not one, but a few groups!

.

Truth be told, I have never heard of Professor Emeritus Dato’ K J Ratnam, a political scientist who – as the book’s blurb explains – has been an active researcher and has published extensively on topics ranging from Malaysian politics and race relations to social science development, political sociology, education, R&D planning and science and technology policy. Shame on me!

.

“The idea of writing a book on intellectuals did not occur to me until I started going through my old notes and jottings, to see if there was anything that could still be put together in a reasonably coherent form” is Ratnam’s opening sentence before he takes his readers (people of intellect, nevertheless, mind you) through the world of the intellectual, creativity and culture, orthodoxy, intolerance and power.

.

Below are selected quotes from Chapter Three of Intellectuals, Creativity and Intolerance which is very much related to (the need for) interfaith dialogues in a “certain country” (negara tertentu):

.

“For intellectuals, ... tolerance is a value to be cherished in all aspects of life and not something that can be excluded when it comes to the spiritual sphere. ... tolerance towards beliefs other than one’s own, without this having to imply any dilution or abandonment of one’s own religious convictions. An obvious and totally innocuous example of such tolerance would be a willingness to hold interfaith dialogues for the purpose of promoting mutual understanding and cordiality in public life. ... It is one thing to be true to one’s own faith but quite another to denigrate the faiths of others – something that brings no credit to anyone.”

.

“Tolerant, inclusive Islam, including the treatment of other religions as equals, was also the hallmark of the reign of Akhbar, the great Moghul ruler of India.”

.

“Ultimately, the danger of becoming obsessed with particular sentences in the scriptures and their interpretation is that the larger picture or the primary message of these scriptures gradually gets overlooked. ... Those guilty of this error tarnish the nobility of religion and demean its higher purpose.”

.

“It also has to be recognised by all religions that mutual tolerance and basic standards of civil behavior are vital in our heterogeneous and interdependent world, and that this would have to involve addressing the problems of inconsistent and even competing interpretations of what is written in their respective holy scriptures. Of particular importance would be those passages that refer to relations with other faiths, a matter on which the advocates of tolerance and intolerance can sometimes both claim textual support.”

.

“What some religions consider to be special to themselves often turn out not to be so. ... Even religious observances and modes of prayers are far from unique. The shared genealogy of the Abrahamic faiths would explain the commonalities found among Judaism, Christianity and Islam. ... The most striking commonalities are perhaps those found between the Coptic Church [Christianity’s oldest Church] and Islam.”

.

The above quotes are actually just the tip of the iceberg of what Ratnam has discussed in more detail about intellectuals, creativity and intolerance; of which at least one is very much obvious in a “certain country” (negara tertentu).

.

Ratnam has published three more books with USM Press: Technology and Society (1985), Rights, Freedom and the Civil Society (2003) and The Scientific Enterprise (2004).

.

It wouldn’t be long before “certain groups” (kumpulan-kumpulan tertentu) set their eyes on Intellectuals, Creativity and Intolerance and find it’s content offensive (every other thing offences them, anyway). Be prepared to see “peaceful” protests against this intellectual writing. Grab a copy before it goes to the axe.

.

Yes, I’m being a pessimist, but wait till you read what Ratnam has to say about that.

.

Oh! Dr Md Salleh mentioned in his letter that this book is available online at The USM Co-operative Bookshop Ltd and MPH Distributors sdn Bhd.

.

Dato’ K J Ratnam is now retired and lives in Kuala Lumpur. Does anyone have his contact?

20 May 2010

Masih Dialog Antara Agama

Dalam catatan semalam, 19 Mei 2010 [BACA DI SINI], saya menyebut bahawa tidak mustahil individu yang menentang sekeras-kerasnya sebarang dialog antara agama sebenarnya kurang memahami ajaran sebenar dalam Islam.
..

Sepanjang pengetahuan saya, Islam menuntut umatnya saling menghormati sesama manusia tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan budaya; selagi pihak yang satu lagi tidak menentang atau memusuhi Islam.

..
Sebagaimana yang kita dapat lihat di negara majmuk seperti Malaysia: individu yang benar-benar mengenali “agama yang diredai Allah” faham bahawa Islam tidak menghalang penganutnya bergaul dengan penuh kejujuran bersama penganut agama lain.
..

Sebenarnya, demikian gambaran realiti yang saya lihat semasa kecil. Kini, hanya nostalgia kerana pergaulan yang benar-benar murni dan tanpa sebarang prasangka sudah semakin tiada. Kita sudah semakin mencari perbezaan untuk saling berjauhan; bukannya mencari persamaan untuk saling berkenalan.

..

Mujurlah ada lagi rakan-rakan pelbagai agama yang masih mengamalkan ajaran sebenar agama masing-masing dan menerima kepelbagaian agama, anutan, ajaran, budaya, adat, resam, kepercayaan, amalan dan seumpamanya sebagai perbezaan yang diciptakan Tuhan Yang Maha Kuasa untuk membantu kita saling mengenali.

..

Dalam cerpen “Kain Cita Bersulam Cinta,” saya melahirkan suasana dialog dan interaksi antara agama oleh sekumpulan remaja. Cerpen itu sebenarnya “harapan” saya untuk melihat kita duduk semeja dan saling mengenali, memahami, menghormati, bertolak-ansur serta menerima perbezaan yang wujud.

..

Malah, percayalah, apabila kita bersedia untuk duduk semeja dan memulakan perbualan dengan jujur, hati murni, tanpa prasangka, tanpa prejudis, tidak defensif, ikhlas, fikiran terbuka dan mengakui kuasa mutlak Tuhan ke atas hamba-hamba-Nya, barulah Tuhan akan membukakan mata hati kita untuk melihat dan menerima kepelbagaian yang dicipta-Nya.

..

Tambahan pula, dalam konteks jawatankuasa khas berhubung isu antara agama, tujuan asasnya adalah membuka laluan ke arah mewujudkan persefahaman dan perpaduan yang lebih murni antara masyarakat pelbagai agama di negara majmuk seperti Malaysia.

..

Malangnya, jika kita sudah pun menyediakan meriam, senapang, tombak dan keris sebelum bertemu, serta takut bayang-bayang sendiri, mustahil akan ada peluang untuk berdialog secara aman seperti yang pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad saw.

..

Malah, saya tidak akan terkejut jika tindakan saya berterus terang di sini turut mendapat kecaman “pihak tertentu”.

19 May 2010

Dialog Antara Agama

Baru-baru ini, kecoh orang ramai bercakap mengenai penubuhan sebuah jawatankuasa khas berhubung isu antara agama. Sebaik sahaja mendengar mengenainya, saya melihat cahaya harapan untuk mewujudkan persefahaman yang sebenar dalam kalangan masyarakat pelbagai agama di Malaysia.
..

Segera saya teringat akan cerpen “Kain Cita Bersulam Cinta” yang termuat dalam Kathakali (2009).

..

Bagaimanapun, belum pun sempat saya menarik nafas lega dan memanjatkan syukur kepada Tuhan yang menciptakan kita berbeza-beza supaya kita dapat saling mengenali, sudah ada suara-suara bantahan terhadap jawatankuasa khas itu.

..

Saya hanya mampu menggeleng dengan penuh kesal apabila membaca pelbagai kenyataan negatif yang dilontarkan; seolah-olah beberapa pihak sudah membuat keputusan bahawa dialog antara agama pasti akan membawa keburukan kepada penganut Islam dan agama Islam sendiri.

..

Belum pun bermula sebarang “dialog” tetapi sudah ada pihak yang melahirkan kebimbangan bahawa penganut agama-agama lain akan membuat pelbagai tuntutan tidak munasabah.

..

Malah, ternyata ada pihak yang beranggapan bahawa jawatankuasa khas itu nanti khusus berbincang hal-hal berkaitan agama Islam! Saya tidak pasti di mana silapnya sehingga tokoh yang bukan calang-calang orang boleh mendapat gambaran yang amat negatif, lantas menutup terus pintu perbincangan.

..

Saya selalu suka mengambil contoh orang yang takut pada hantu dan bayang-bayang. Apabila minda sudah membayangkan hantu, maka hantu akan kelihatan pada setiap sudut yang dipandang. Setiap bayang-bayang yang bergerak atau statik akan menimbulkan ketakutan kepada orang itu. Perumpamaan ini terdapat dalam peribahasa Tamil, dan selalu dimuatkan dalam lirik lagu filem Tamil. Begitu juga dalam sajak Subramanya Bharati (1882-1921.

..

Sebaliknya, apabila kita ada keyakinan, keberanian dan jati diri yang kukuh, kita tidak perlu berasa takut pada bayang-bayang yang sebenarnya tidak mampu melakukan apa-apa.

..

Berbalik pada soal dialog antara agama, ada pihak yang mencari jalan mudah dengan memetik firman Allah (Ali Imran: 19) yang bermaksud, “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah adalah Islam” untuk terus menutup sebarang bentuk perbincangan, dialog dan perkongsian idea dengan penganut agama lain.

..

Saya beranggapan bahawa individu seperti itu amat kurang mengenai sifat dan ketokohan Nabi Muhammad saw, seperti yang saya sentuh dalam tulisan saya di ILUVISLAM (April 2010). Malah, tidak mustahil bahawa individu yang menentang sekeras-kerasnya sebarang dialog antara agama sebenarnya kurang memahami ajaran sebenar dalam Islam!

..

[Bersambung esok, 20 Mei 2010, 7:00 pagi - DI SINI]

18 May 2010

Panduan Mudah: “per—an” atau “pe—an”?


Sebelum ini, saya ada membuat catatan di blog mengenai panduan penggunaan kata sendi “dari” dan “daripada” [BACA DI SINI] serta tanda baca [BACA DI SINI].
.

Berikut, sedikit petua yang saya amalkan berkaitan penggunaan imbuhan “per—an” atau “pe—an” dalam Bahasa Malaysia.

.

Perlantikan atau pelantikan? Pesaraan atau persaraan? Peletakan atau perletakan? Perlancongan atau pelancongan?

.

Berikut cara mudah yang saya amalkan untuk mengetahui penggunaan yang betul.

.

Pada kata dasar berkenaan (misalnya, lantik, sara, letak dan lancong), cuba letakkan imbuhan “ber”.

.

Maka, lahirlah “berlantik”, “bersara”, “berletak” dan “berlancong”. Tentu kita tahu bahawa “berlantik”, “berletak” dan “berlancong” tidak wujud.

.

Begitu juga, “perlantikan”, “perletakan” dan “perlancongan” tidak wujud dalam Bahasa Malaysia. Antara yang ada hanya “bersara” dan “persaraan” (tetapi sila bezakan dengan “pesara”).


Ringkasnya, secara asas, jika kata dasar itu boleh menerima imbuhan “ber” maka ia boleh juga menerima imbuhan “per—an”. Contohnya:

.

Bermain – permainan

Bersara – persaraan
Berbincang – perbincangan
Bersahabat – persahabatan
Berkahwin perkahwinan
Berjalan perjalanan
Bertunang pertunangan
Bersatu persatuan
.

Jika perkataan yang terhasil apabila diberi imbuhan “ber” kedengaran amat pelik, maka gunakan imbuhan “pe—an”. Contohnya:

.

X berlantik – pelantikan

X berletak – peletakan

X berlancong – pelancongan

X berpulih – pemulihan

X berlaksana  pelaksanaan

X berlupus pelupusan

..

Panduan yang saya berikan ini tentu sahaja tidak mengikut hukum bahasa yang diamalkan “pakar bahasa” dan “pakar linguistik” tetapi sekadar cara mudah yang saya amalkan sejak dahulu. [Hubungi Uthaya]

17 May 2010

Karya Pengarang Dunia

Saya sedang dalam proses membaca The Will (1998) yang mengumpulkan 12 cerpen oleh pengarang India (Bangsa India & warganegara India).
.

Cerpen-cerpen berkenaan pada asalnya ditulis dalam Bahasa Assam, Bangla (bukan Bangladesh), Gujarati, Hindi, Kannada, Malayalam, Marathi, Oriya, Punjabi, Tamil, Telegu dan Urdu.

.

Versi terjemahan Bahasa Inggeris terhasil daripada pertandingan yang dianjurkan Katha pada 1995-97 sebagai usaha memperkenalkan karya-karya bermutu dalam pelbagai bahasa di negara India kepada khalayak umum.

.

[Untuk makluman bersama, istilah “Bahasa India” tidak pernah wujud; berbeza dengan istilah “Bahasa Malaysia” yang sedia wujud. Kepada insan malang dan kurang cerdik yang mencuba nasib dengan mempertikaikan kewujudan istilah “Bahasa Malaysia” sambil merujuk pada istilah “Bahasa India” dan “Bahasa Amerika” yang tidak wujud, teruskanlah perjuangan anda untuk membuktikan istilah “Bahasa Malaysia” tidak wujud.]

.

Buku pertama mengumpulkan cerpen-cerpen dari negara India yang khusus diterbitkan Katha telah saya baca menerusi Antologi Cerpen Hadiah Katha (DBP, 1993) yang saya beli pada 2 April 1994. Buku berkenaan adalah terjemahan Katha Prize Stories (1991) yang menjadi usaha awal Katha menterjemah cerpen Bahasa Assam, Bangla, Hindi, Kannada, Malayalam, Marathi, Tamil, Telegu dan Urdu ke Bahasa Inggeris.

.

[Untuk makluman bersama, terdapat 22 bahasa utama di India. Bahasa Hindi dan Bahasa Inggeris diiktiraf sebagai bahasa rasmi manakala tidak ada “bahasa kebangsaan” ditetapkan mengikut undang-undang negara berkenaan.]

.

Melalui penguasaan Bahasa Inggeris, saya berpeluang menghayati begitu banyak karya bermutu (terjemahan) yang dihasilkan pengarang seluruh dunia. Saya berpeluang mengenali “roh” yang dipaparkan melalui karya kreatif yang dihasilkan pengarang seluruh dunia dalam Bahasa Inggeris atau diterjemah ke Bahasa Inggeris.

.

Harus saya akui bahawa walaupun Bahasa Malaysia adalah bahasa ibunda dan saya adalah “Pejuang Bahasa Malaysia”, saya lebih banyak memiliki buku-buku Bahasa Inggeris dalam koleksi saya; sama ada ditulis secara langsung dalam Bahasa Inggeris oleh pengarang dunia atau diterjemah daripada bahasa-bahasa dunia.

.

Pasti sahaja akan ada pihak yang ringan mulut untuk menuduh saya lebih mementingkan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Malaysia. Biarkan, biarkan Luncai dengan labu-labunya. Saya tidak mahu membazir masa mendengar salakan anjing kurap di jalanan.

16 May 2010

Think Like A Writer

If you were to ask a novelist for tips on good writing, he might be kind enough to reveal the four sacred and best kept secrets.
..

The first secret: Read. The second secret: Read. The third secret: Read. The fourth secret: Write.

..

If you were to ask National Laureate, Datuk A. Samad Said, he would tell you the very same thing. It is a known fact that he is an avid reader, as much as he is a prolific writer.

..

A good writer (novelist, poet etc) can always be seen reading books, newspapers, magazines, blogs and the list goes on.

..

You don’t have to be a famous novelist or a published writer to be a passionate reader. You should keep in mind that when you are writing an essay in class or during the exam, you are a writer.

..

So, if a well-known novelist like Datuk A. Samad Said is an enthusiastic reader, shouldn’t you be one too?

..

The more you read, the more knowledge and experience you would gain. Later, when you are writing an essay, everything would come to you real easily.

..

Let’s say you read newspapers on a regular basis. Therefore you would know what is happening around you. If you were to discuss current news with your friends, you’d have no problem at all.

..

Later, when you are writing an essay on certain topic, whatever you have read in the newspapers would definitely come handy. May it be related to music, arts, literature, politic, foreign news, disaster, education, sports or whatsoever, everything is already at your finger tips.

.

When you read magazines, your idea and attention would be more focused on the topic. Being an ardent reader, you would be able to grasp the points, idea and arguments in the magazine articles easily.

.

Not to mention that all the idea and points you have read and understood in the articles could be used to enrich your school essays. Always keep a notebook handy to take notes of all the new things you learn through reading the newspapers, magazines and books.

.

At your level as a PMR/SPM candidate, you do not have to worry about plagiarism, footnote, citation and copyright issues when you lift ideas, points and sentences from the articles you have read in the newspapers and magazines.

.

When you read books (novels, short stories, fiction etc), you let your imagination and creativity grow. Fiction is never a waste of time!

.

Imagine all the ideas, sentences, vocabulary, expressions, creativity, art of writing, grammar and so much more you could learn from these novels, short stories and fiction while enjoying a good story.

.

Now imagine what great essays you would be writing by following these simple steps. So, what are you waiting? Think like a writer!