Saya pada waktu itu sudah selesai mewawancara beliau dan perlu membawa beliau ke studio foto DBP di Dawama untuk menguruskan foto bagi ruangan “Profil Seniman” majalah Dewan Budaya.
Sevisei Sitter Re. Shanmugam tidak fasih Bahasa Malaysia tetapi beliau tidak menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan jurugambar di sana.
Beliau juga amat terharu apabila disambut dengan penuh hormat oleh para editor dan petugas di Bahagian Majalah DBP apabila saya membawa beliau ke sana.
“Walaupun saya menulis dalam bahasa ibunda saya, iaitu Bahasa Tamil, saya terharu kerana para pegawai di DBP masih memberi penghormatan tinggi kepada saya walaupun mereka belum pernah berpeluang membaca karya-karya saya,” kata beliau.
Sila KLIK DI SINI untuk membaca makalah yang disiarkan dalam majalah Dewan Budaya pada Jun 2007 berdasarkan wawancara saya bersama Sevisei Sitter Re. Shanmugam.