29 May 2010

Bengkel Penulisan Cerpen

Pada 1 Jun 2010 (Selasa), Sekolah Menengah Tsun Jin, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur menganjurkan Bengkel Penulisan Cerpen sempena pelancaran Anugerah Kesusasteraan Tsun Jin 2010.
..

Pengetua, Cheng Ah Swee, menerusi surat bertarikh 12 April 2010 mengundang Unit Akademik Karangkraf (Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd) mengendalikan bengkel berkenaan yang bertujuan memberi kemahiran berkaitan penulisan cerpen kepada pelajar dan guru sekolah itu.

..

Saya akan membimbing peserta yang dijangka agak ramai memandangkan pelajar dan guru sekolah itu khabarnya amat berminat mendalami ilmu berkaitan penulisan cerpen Bahasa Malaysia, sekali gus bercadang memanfaatkan pengetahuan itu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

..

Nota bengkel sudah saya kirim melalui e-mel kepada Ketua Panitia Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Tsun Jin, Goh Li Li, pada 27 Mei 2010 untuk difotokopi dan diedarkan kepada peserta. Saya memberitahu beliau bahawa saya akan membawa beberapa naskhah Kathakali dan Rudra Avatara untuk dijual kepada pelajar atau guru yang berminat.

..

Untuk makluman, Bengkel Sehari Penulisan Cerpen akan berlangsung pada 13 Jun 2010 (Ahad) di Shah Alam dengan menumpukan kepada 5-10 peserta sahaja.