Pengenalan
Sesi Penulisan Intensif (SPI) pernah
dianjurkan dengan penuh jaya pada 15-16 Disember 2018, 23-24 Mac 2019, 2 Jun
2019, 10-11 Ogos 2019, dan 9-10 November 2019 [rujuk
di sini]. Bengkel Penulisan Intensif (BPI) pula berjaya dikendalikan di
Taiping, Perak pada 15-17 Disember 2023 [rujuk di sini], di Bandar Pinggiran Subang, Selangor pada
2-3 Mac 2024 [rujuk di sini], dan di Putrajaya pada 8-9 Jun 2024 [rujuk di sini].
Bengkel Membedah Manuskrip Cerpen
Bengkel pada kali ini dirancang sebagai
kesinambungan kepada pelbagai usaha yang dinyatakan di atas. Penginapan (homestay)
di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor dipilih kerana tumpuan
penyertaan kali ini adalah penulis (dan bakal penulis) di sekitar Lembah Klang.
Pengisian bengkel meneruskan model dan modul yang digunakan pada SPI dan BPI
kerana terbukti benar-benar berjaya dalam memastikan peserta menghasilkan karya
bermutu. Tumpuan kali ini kepada penulisan cerpen (cerita pendek) atau cereka (cerita rekaan).
Tarikh
Bermula – 8 Februari 2025 (Sabtu),
3:00 petang
Tamat – 9 Februari 2025 (Ahad),
12:00 tengah hari
Tempat
Sebuah penginapan (homestay) di Seksyen
7, Shah Alam, Selangor. Terdapat 4 bilik dan 3 bilik air. Boleh menampung 7
orang dengan selesa. Ruang tamu yang luas dengan tempat duduk selesa. Meja
makan memuatkan 6 orang – dijadikan tempat perbincangan peserta bengkel. (Berdasarkan
maklumat diberi pemilik premis.)
Peserta
Bengkel Membedah Manuskrip Cerpen di Shah
Alam dirangka bagi peserta dewasa yang sudah ada pengalaman
menulis dalam mana-mana bahasa, dan peserta remaja (minimum 17 tahun) yang
meminati bidang penulisan cerpen. Jumlah peserta dihadkan kepada enam
(6) orang sahaja supaya pembimbing (1 orang) boleh memberi
tumpuan peribadi kepada setiap peserta. Keutamaan diberi kepada peserta pelbagai kaum yang mahu mendapatkan bimbingan secara
intensif dan lebih mendalam dalam penulisan karya Bahasa Malaysia khususnya cerpen. Individu yang sudah
bergelar “pembimbing bengkel penulisan” tidak diterima sebagai peserta. Peserta
perlu bersedia untuk terlibat dalam perbincangan berkumpulan dan sedia menerima
komen/kritikan daripada para peserta lain.
Bahasa
Bengkel Membedah Manuskrip Cerpen dikendalikan
dalam Bahasa Malaysia. Karya (cerpen, cereka) yang
dihasilkan juga dalam Bahasa Malaysia. Peserta perlu mampu berkomunikasi
menggunakan Bahasa Malaysia.
Pengisian Bengkel Membedah Manuskrip Cerpen
Antara pengisian bengkel termasuk (tetapi
tidak terhad kepada) sesi sumbang saran (brainstorming), penulisan draf
awal, membedah karya (cerpen), baca teks, dan penyuntingan manuskrip
sehingga terhasil sebuah cerpen bermutu yang layak untuk
dikirim ke media penyiaran (akhbar, majalah, antologi, portal dalam talian, dan
sebagainya). Tumpuan khusus bagi penulisan cerpen yang
sesuai dihantar ke media konvensional dan alternatif. Peserta wajib sudah
memikirkan ke media mana cerpen yang dihasilkannya mahu dihantar. Jika peserta
bercadang mengirim cerpen ke majalah ABC maka peserta terbabit wajib sudah
biasa membaca cerpen di majalah ABC dan tahu kriteria cerpen bagi majalah itu
serta cara mengirim cerpen ke majalah itu.
Rangka Atur Cara
Perincian dan jadual lengkap akan diberi
kepada peserta berdaftar sahaja. Peserta perlu mematuhi “Waktu Kavyan”. Tentatif seperti berikut:
Sabtu (8 Februari 2025)
3:00 petang – Peserta mendaftar masuk ke
rumah inap (homestay)
3:30 petang – Sesi sumbang saran (brainstorming)
[berkumpulan]
– Komen/pandangan
pembimbing dan peserta
[Peserta diingatkan supaya tidak menyiapkan
draf/manuskrip. Sebaliknya, bawa catatan idea sahaja untuk dibincangkan sebelum
mula menulis cerpen.]
4:30 petang – Menulis draf awal cerpen [individu]
6:00 petang – Bedah karya (cerpen)
[berkumpulan]
7:30 malam – Makan malam (di luar)
9:00 malam – Membaiki karya (cerpen)
[individu]
10:00 malam – Bimbingan seorang ke seorang (one-to-one)
11:00 malam – Tamat
sesi hari pertama
Ahad (9 Februari 2025)
7:30 pagi – Sarapan (di luar)
8:30 pagi – Membaiki karya (cerpen)
[berpasangan]
9:30 pagi – Membaca teks karya (cerpen)
dan komen pembimbing
10:30 pagi – Membaiki karya (cerpen) [individu]
11:45 pagi – Kirim cerpen lengkap
kepada pembimbing
12:00 tengah hari – Mendaftar keluar
Bayaran dan Kos
Setiap peserta dikenakan bayaran RM50 (Ringgit
Malaysia Lima Puluh Sahaja) bagi menampung kos sewa inap desa (homestay).
Bayaran ini perlu dibuat selewat-lewatnya pada 25 Januari 2025 (9:00
malam). Bayaran tidak
dipulangkan jika peserta
menarik diri atau gagal hadir atas apa-apa pun sebab dan alasan – kerana wang itu digunakan untuk menampung sewa rumah inap. Kos
makan-minum ditanggung oleh masing-masing peserta. Kos perjalanan juga
ditanggung sendiri.
Barangan Keperluan
Peserta wajib membawa segala barangan keperluan
untuk menulis: Komputer riba, buku tulis, alat tulis, buku/bahan rujukan,
kamus, dan seumpamanya. Peserta juga perlu membawa segala barangan keperluan
peribadi: Pakaian, tuala, berus gigi, ubat-ubatan, makanan ringan, botol
air, pengecas telefon, extension wire, dan sebagainya. Segala barangan
ini tidak disediakan. (Extension
wire yang dibawa oleh pembimbing bukan untuk digunakan oleh
peserta.)
Penginapan
Peserta perlu menginap di rumah inap (homestay)
kerana sesi berlangsung hingga lewat malam. Penginapan adalah dalam konsep
perkongsian; maknanya tidak boleh mengharapkan satu bilik untuk seorang
peserta. Jika peserta memilih untuk tidak menginap, masih perlu membuat bayaran
penuh, serta masih perlu akur pada jadual (atur cara). Tidak dibenarkan membawa
teman, keluarga, pasangan, orang gaji, binatang peliharaan, dan sebagainya
(bukan peserta) ke tempat penginapan atas apa-apa alasan sekali pun.
Makan-Minum
Segala kos makan-minum ditanggung sendiri.
Minum petang (3-in-1) dan biskut ala kadar disediakan. Dibenarkan keluar
untuk sarapan dan makan malam. Ada pelbagai kedai makan (restoran) dalam radius
5 minit dari lokasi penginapan. Boleh membawa makanan ringan dan jajan jika
mahu. Minuman beralkohol tidak dibenarkan. Merokok
(termasuk vape) tidak dibenarkan di tempat penginapan.
Pembimbing dan Penyelaras
Uthaya Sankar SB terlibat dalam bidang penulisan sejak
tahun 1991. Beliau berpengalaman mengendalikan program galakan membaca dan
bengkel penulisan di seluruh negara sejak tahun 1994. Buku terbaharunya ialah The Painted Cat (2023) dan Dewi
Pertiwi (2024). [Baca biodata penuh]
Pendaftaran Peserta
Individu yang 100% berminat dan benar-benar
komited menyertai Bengkel Membedah Manuskrip Cerpen di Shah Alam perlu
mendaftar dengan mengirim maklumat diri (1 – nama penuh, 2 – nombor
telefon, dan 3 – alamat e-mel) ke e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya).
Jangan bayar dulu! Tunggu pengesahan. Pendaftaran ditutup sebaik cukup enam
(6) peserta. Bayaran RM50 perlu dibuat selewat-lewatnya 25 Januari
2025 (9:00 malam).