18 Dec 2024

Pembaca Beta “Raman dan Kultus Guruji”

Saya (Uthaya Sankar SB) sedang mencari sukarelawan untuk menjadi pembaca beta (beta reader) bagi petikan sebuah cerpen baharu berjudul “Raman dan Kultus Guruji”.

Harap maklum bahawa cerpen ini berkaitan amalan kultus (cult) dalam budaya India. Ada juga topik amang seksual dan liwat disentuh. Sesiapa yang mungkin berasa kurang selesa dengan topik sensitif seperti itu dinasihatkan supaya tidak menawarkan diri menjadi pembaca beta.

Penyertaan adalah secara sukarela, tanpa paksaan, dan tanpa bayaran.

“Pembaca beta” merujuk kepada orang yang dipelawa menjadi pembaca awal bagi manuskrip sebuah karya (cerpen, novel) yang belum disiarkan di mana-mana. Mereka diberi peluang mengemukakan komen dan pandangan peribadi secara ikhlas kepada penulis mengenai karya berkenaan.

Petikan cerpen “Raman dan Kultus Guruji” sekitar 600 perkataan akan diberi kepada sukarelawan untuk dibaca. Kemudian, sukarelawan (pembaca beta) perlu menjawab beberapa soalan berkaitan petikan cerpen itu.

Petikan cerpen dan reaksi dalam Bahasa Malaysia.

Tidak ada jawapan betul atau salah—semua jawapan/reaksi adalah betul.

Berikut contoh reaksi pembaca beta sebelum ini: [Mukundan Sudah Mati] – [Guruji dari Jaisalmer] – [Anak Bunian] – [Darurat di Pulau Cinta] – [Kumpulan Fiksyen Putaria] – [Siapa Bunuh Mukundan?]

Tarikh akhir mengesahkan kesediaan menjadi sukarelawan: 20 Disember 2024 (6:00 petang)

Tarikh akhir mengirim jawapan bertulis bagi beberapa soalan: 22 Disember 2024 (6:00 petang)

Kesemua jawapan/reaksi akan disiarkan di blog pada 23 Disember 2024 dan dipromosi menerusi media sosial.

Baca reaksi pembaca beta — [akan dipaparkan di sini]

Hubungi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 jika ada sebarang pertanyaan.