16 Nov 2020

Deepavali Bukan Sekadar Muruku


Menjelang sambutan Deepavali esok [14 November2020], kita boleh cuba bertanya kepada rakan-rakan kaum India beragama Hindu tentang sejarah dan makna simbolik perayaan itu. Akan tetapi, jangan terkejut sekiranya kita mendapat versi yang pelbagai daripada individu yang berbeza.

Budaya India dan agama Hindu memang amat kompleks serta dipenuhi epik, hikayat, mitos, purana, veda, dan ajaran yang boleh pula diberi interpretasi berbeza mengikut budaya, zaman, dan pemikiran. Maka, jangan terkejut atau keliru sekiranya kita mendengar penjelasan yang berbeza daripada rakan-rakan dan media mengenai tujuan sambutan Deepavali.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat di bawah pentadbiran British menikmati cuti umum sempena Deepavali sejak tahun 1920-an. Sebelum itu, cuti umum diberi sempena Thaipusam sahaja di Pulau Pinang. 

Walau bagaimanapun, pada tahun 1947, terdapat usaha mendesak kerajaan membatalkan cuti umum sempena Deepavali. Usaha ini dipelopori oleh Persekutuan Liga Dravidian yang memperjuangkan bahasa Tamil, budaya Tamil, dan menentang penggunaan istilah “India”. Mereka mahu hanya sambutan ponggal (pesta menuai) orang Tamil diiktiraf oleh kerajaan.

Rencana penuh boleh dibaca dalam buku Kisah Sasterawan Kavyan (2022).

[Rencana ini adalah versi asal yang ditulis pada 1 November 2020 dan tersiar dalam ruangan “Bicara Budaya” di Utusan Malaysia pada 13 November 2020. © Uthaya Sankar SB]