5 Sept 2020

Melayu Sudah Hilang Jati Diri?


Sebarang pertikaian mengenai definisi “Melayu” dapat diselesaikan secara mudah dengan merujuk Perlembagaan Persekutuan. Perkara 160 mendefinisi orang Melayu sebagai seorang yang beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, dan menurut adat istiadat Melayu. [baca lagi]

Berbeza dengan negara lain, orang Melayu di Malaysia secara automatik (dan secara turun-temurun) beragama Islam. Pelbagai undang-undang persekutuan dan enekmen peringkat negeri menjamin dan mempertahankan jati diri orang Melayu sebagai penganut agama Islam.

Dalam konteks kajian antropologi dan sosiologi, identiti “agama” juga diambil kira sebagai elemen budaya. Begitu juga halnya dengan adat istiadat dan bahasa. Maka, tiga elemen kebudayaan menjadi asas bagi mendefinisi orang Melayu di Malaysia.

Sejak zaman sekolah rendah, apabila diminta memberi contoh budaya, amalan, dan adat istiadat orang Melayu, apakah hal-hal yang muncul secara automatik dalam minda? Biasanya, kita menyenaraikan Aidilfitri, Aidiladha, solat lima waktu, masjid, dan seumpamanya yang memang merupakan hal-hal yang nyata dan diakui umum.


Akan tetapi, sekiranya direnungkan, contoh-contoh itu mewakili identiti agama anutan kaum Melayu di Malaysia. Secara perbandingan, apabila memperkatakan budaya kaum India, tentulah tidak adil jika kita hanya menyentuh tentang amalan agama Hindu kerana terdapat juga kaum India beragama Kristian, Islam, Sikh, dan Buddha. [baca lagi]

Contoh-contoh lain yang mungkin kita berikan apabila ditanya tentang budaya orang Melayu termasuk pakaian, alat muzik, tarian, permainan tradisional, dan makanan. Memang benar bahawa budaya Melayu seperti ini menjadi asas kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan.




Makalah penuh boleh dibaca dalam kumpulan esei Suvarna Bhumi (2022).

[Rencana ini adalah versi asal yang ditulis pada 23 Ogos 2020 dan tersiar dalam ruangan “Bicara Budaya” di Utusan Malaysia pada 29 Ogos 2020. © Uthaya Sankar SB. Baca juga —Kita Makin Renggang  “Mari Kita BercintaUniknya Sastera KitaElakkan FobiaMalaysia Prihatin Satukan Kepelbagaian”]