11 Nov 2020

Siam: Bumiputera Yang Terabai?


Pada pemerhatian saya, ada dua salah faham orang ramai terhadap komuniti Siam di Malaysia. Pertama, mereka dianggap orang Thai dan warganegara Thailand. Kedua, mereka disangka orang Melayu beragama Islam.

Pada realiti, komuniti Siam — atau orang Thai Malaysia — sudah lama menjadi sebahagian daripada keunikan negara kita. Malah, sekiranya sejarah silam diteliti, orang Siam tidak berhijrah dari Thailand/Siam ke Tanah Melayu.

Sebaliknya, susulan perjanjian antara British dan Siam pada tahun 1909, kerajaan Siam menyerahkan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis kepada British. Maka, komuniti Siam tidak berhijrah, sebaliknya sempadan negara yang berubah, lalu menjadikan mereka kini warganegara Malaysia.

Dalam usaha mengenali sejarah dan budaya komuniti Siam, saya cuba mencari buku-buku yang boleh dijadikan sumber rujukan tetapi tidak banyak. Antara buku yang ditemui ialah Masyarakat Siam Kelantan: Sejarah, Sosiobudaya & Bahasa (2017), Siamese in Malaysia: Beyond Sixty Years of Heritage (2018), dan Kelantan Siamese: Food, Heritage & Culture (2019).

Agak malang kerana ketiga-tiga buku berkenaan tidak mudah ditemui dalam pasaran terbuka. Maka, bahan dokumentasi berguna tidak sampai sepenuhnya kepada orang ramai. Turut ditemui beberapa kertas kerja berkaitan komuniti Siam yang dibentangkan di beberapa seminar dan tersiar di jurnal akademik. Sekali lagi, hasil kajian berkenaan mungkin tidak diketahui sesiapa di luar dunia akademik.

Rencana penuh boleh dibaca dalam buku Suvarna Bhumi (2022).

[Rencana ini adalah versi asal yang ditulis pada 25 Oktober 2020 dan tersiar dalam ruangan “Bicara Budaya” di Utusan Malaysia pada 31 Oktober 2020. © Uthaya Sankar SB. Baca juga —Kita Makin Renggang  “Mari Kita BercintaUniknya Sastera KitaElakkan FobiaMalaysia Prihatin Satukan Kepelbagaian Melayu Sudah Hilang Jati Diri?Generasi Muda Tidak Lupa OnamKrisis, Bencana Tonjol Sikap KitaSumbangan Penulis Tamil ke Arah PerpaduanChetti Melaka Khazanah Unik NegaraCerita Gadis Dari EstetHargai Keunikan Orang AsliPunjabi Juga Kaum India”]