6 Nov 2020

Anda Swaterbit?


Adakah anda antara penulis Malaysia yang melakukan swaterbit (self-publishing), iaitu menerbitkan sendiri buku anda? Istilah lain yang biasa digunakan ialah “penerbit indipenden” yang membawa kepada singkatan “penerbit indie” tetapi tidak lagi terhad kepada golongan penulis swaterbit.

Sebagai usaha “Penulis Bantu Penulis” semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19, saya mahu membeli buku swaterbit oleh penulis-penulis Malaysia mengikut kemampuan saya.

Berikut syarat dan panduan asas:

1. Buku persendirian; bukan antologi bersama.

 

2. Diterbitkan sendiri (swaterbit).

 

3. Dicetak di Malaysia (maklumat pencetak dinyatakan).

 

4. Ada ISBN (didaftar di Perpustakaan Negara Malaysia)

 

5. Karya Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil, Mandarin, dan bahasa-bahasa lain yang lazim di Malaysia.

 

6. Tidak menggunakan “ke” di tempat “kah”.

 

7. Bukan karya berunsur dakyah/diayah.

 

8. Penulis mestilah warganegara Malaysia.

Kirim maklumat berikut ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) untuk memudahkan saya membuat keputusan segera:

Judul buku:

Nama penulis:

Tahun terbit:

Nombor ISBN:

Harga pasaran:

Kos PosLaju:

Sebaik-baiknya, kirim juga foto kulit buku. Jumlah naskhah yang dibeli bergantung kepada harga buku berkenaan.

Tamat pada 31 Disember 2020.