28 Feb 2009

Kelab Membaca Sinar Pintar

1. Taklimat Kelab Membaca Sinar Pintar anjuran Tadika Epal Emas, Taman Putra, Dengkil dan Kumpulan Sasterawan Kavyan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) berlangsung di tadika berkenaan pada tengah hari, 28 Februari 2009 (Sabtu).

2. Hadirin terdiri daripada kanak-kanak 4-6 tahun dari beberapa buah tadika, guru tadika serta ibu bapa dan penjaga di sekitar Dengkil dan Banting.

3. Maklumat mengenai taklimat ini turut tersiar dalam akhbar The Star (23 Februari 2009) lalu mendapat sambutan daripada orang luar.

4. Puan Balammah Subramaniam yang merupakan Pengetua Tadika Epal Emas dan penyelaras aktiviti telah memberikan penjelasan menyeluruh kepada para hadirin mengenai objektif, gerak kerja, pengisian dan perkara-perkara berkaitan Kelab Membaca Sinar Pintar. Beliau pernah menghadiri taklimat pada 18 Januari 2009 di SJK (T) Taman Permata, Dengkil.

5. Fasilitator Kelab Membaca Sinar Pintar, Uthaya Sankar SB pula memberikan penjelasan lanjut mengenai manfaat menjadi Ahli dan Mentor kelab ini, aktiviti Kavyan dan PNM; serta menjawab beberapa pertanyaan yang dikemukakan oleh peserta yang hadir dan berminat menjadi Mentor kelab.

6. Seramai 17 individu mengisi dan menyerahkan borang Mentor manakala 43 individu mengisi dan menyerahkan borang Ahli. Borang-borang ini diserahkan kepada pegawai terbabit di Bahagian Gerakan Literasi Maklumat PNM untuk tindakan lanjut.

7. Cabutan bertuah dibuat menggunakan borang Ahli dan Mentor yang sudah diserahkan. Hadiah-hadiah yang diberikan adalah buku cerita, buku nota, pensel, dan pemegang kunci PNM.

8. Gegantung (bunting) Kelab Membaca Sinar Pintar dan Kempen Membaca turut diserahkan kepada Puan Balammah untuk dipaparkan di Tadika Epal Emas.

9. Secara keseluruhan, taklimat yang diadakan berjaya mempromosi Kelab Membaca Sinar Pintar kepada kanak-kanak dan penduduk, khususnya di sekitar Taman Putra, Dengkil.

10. Foto-foto yang dirakam semasa aktiviti ini boleh dilihat di Facebook. Sila ambil perhatian bahawa hanya individu yang mendaftar sebagai ahli Facebook (percuma) dan menambah uthayasb@yahoo.com.my sebagai ”rakan” boleh mengakses ke ”album foto” yang disediakan.

Membaca Cerpen Sendiri

Saya suka membaca semula cerpen-cerpen saya sendiri. Setiap kali saya membacanya semula, saya sendiri akan mula lebih memahami makna-makna yang tersirat dalam cerpen berkenaan!

Sifat pelupa yang dimiliki juga ada kelebihan kerana saya mampu menghayati kisah yang dipaparkan pada setiap kali saya membacanya semula.

Selalunya, apabila selesai membaca semula cerpen-cerpen sendiri, saya akan tertanya-tanya, bagaimana saya mampu menghasilkannya!

Nama saya Uthaya Sankar SB ...

27 Feb 2009

Anda, Sebuah Kampung dan Sebuah Kisah


நீங்கள், ஒரு கிராமம், ஒரு கதை


இந்த கதை¨Âô படிக்கும்போது நீங்கள் அதிர்ச்சி அ¨¼வீர்கள். நீங்கள் நம்ப மÚப்À£ர்கள். ஆனால் சொல்ல வேண்டியது என் கட¨Á என கருதுகிறேன்.

Anda mungkin terkejut membaca kisah ini. Atau mungkin tidak percaya. Walau apa pun reaksi anda, saya amat perlu mendedahkan kisah ini sekarang. Anda boleh sahaja mempersoalkan hak saya berbuat demikian. Tetapi, percayalah, saya tidak bermaksud hendak menjaga tepi kain orang.

Saya mungkin seperti watak Ratanbabu dalam cerpen “Ratanbabu dan Lelaki Itu” karya Satyajit Ray. Maksud saya, kami sama-sama suka mengembara ke tempat-tempat pelik yang jarang diketahui orang. Begitulah pada tahun lalu, saya terbaca sebuah buku kecil (dan nipis juga) bertajuk Unknown Facts About Little Known Siru Kambam. Anda tentu masih ingat kampung itu; saya pasti. Setelah terbaca buku itulah maka saya berjaya sampai ke Siru Kambam.

Perjalanan ke situ bukannya mudah. Apabila sampai di Stesen Kereta Api Taiping, saya bertanya akan kampung itu kepada beberapa orang di sana. Malangnya mereka tidak kenal. Mereka tidak tahu-menahu tentang Siru Kambam yang terletak di kawasan Taiping sendiri! Pelik juga. Tetapi bagus juga begitu dari satu segi: saya memang mahu melawat suatu tempat yang kurang diketahui orang.

(Petikan cerpen yang menang tempat kedua Hadiah Cerpen Esso-Gapena 1996. Boleh dibaca dalam Rudra Avatara. Akhbar New Straits Times (6 Ogos 1997) melaporkan bahawa “an entry  which would have been originally eligible for for consideration in the category for non-Malays was instead awarded the overall second prize” kerana “according to the organisers, ‘it is of a quality well above those in the non-Malay category’.”)

26 Feb 2009

Bitara Rama

Terpinga-pinga Surpanaka melihat Letchumanen dibawa turun dari rata ajaib oleh abangnya, Ravana.

“Eh! Kenapa dia yang kanda culik?” Tanyanya dengan perasaan ingin tahu yang berbaur dengan rasa kecewa dan terkilan. Jika dibawanya Rama, ada juga faedahnya. Demikian fikir Surpanaka.

“Aku tahu apa yang sedang aku lakukan.” Ravana tertawa. “Sekarang, Rama akan menjadi lemah. Dia tidak akan berupaya menghalangku, apatah lagi menentangku. Kalau dicubanya juga, nescaya dengan mudah sahaja boleh aku tewaskannya. Malah Sita juga boleh menjadi milikku apabila Rama sudah tiada.”

“Tapi kanda ... kenapa tidak kanda culik sahaja Sita?”

“Masakan pula kau sudah lupa, dinda. Kalau aku mencumbui seseorang wanita secara paksa, kepalaku akan pecah.”

(Petikan cerpen yang disiarkan dalam majalah Pelita Bahasa, April 1997)

25 Feb 2009

Festival Kuala Lumpur

Di Sini Semaraknya Seni!
.
Pada pagi 25 Februari 2009, saya mewakili Kavyan untuk menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Festival Kuala Lumpur 2009 di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Festival Kuala Lumpur – yang lebih dikenali sebagai “KL Festival” (dalam usaha memartabatkan Bahasa Inggeris?) – kini memasuki tahun keempat. Penganjurannya adalah selaras dengan keputusan Kabinet pada 8 Disember 2004 dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai Hub Kebudayaan dan Kesenian Antarabangsa.

Pada 19 Julai 2008, saya mewakili Kavyan dalam aktiviti “Diskusi Karya Sastera” anjuran Perpustakaan Negara Malaysia dan Jabatan Arkib Negara Malaysia sempena Festival Kuala Lumpur.

Pada tahun ini pula, Kavyan diundang untuk menganjurkan beberapa aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya di sekitar Kuala Lumpur pada 1-31 Julai 2009.

Jangan lupa untuk mendapatkan maklumat mutakhir dari semasa ke semasa di blog ini dan/atau di laman sesawang Kavyan.
.
Program lengkap Festival Kuala Lumpur akan dimuatkan juga di laman rasmi www.klfestival.org.my. Di Sini Semaraknya Seni!

Kisah Rudra Avatara

“Ceritakan kepada saya tentang Hanuman,” pintanya sewaktu kami bertemu di Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya.

Saya yang mencadangkan tempat itu apabila dia menelefon semalam dan menyatakan keinginan untuk bertemu.

“Hal penting,” katanya.

Seingat saya, kali terakhir kami bertemu adalah pada tahun 2000; beberapa hari selepas isterinya melahirkan anak sulung. Selepas itu, kami hanya berhubung melalui telefon dan e-mel. Itu pun tidak selalu. Cuma saya pastikan bahawa setiap kali buku baru saya terbit, dia akan menerima satu naskhah buku hadiah ikhlas.

“Versi mana?” Saya terpaksa bertanya kerana sesungguhnya watak Hanuman muncul dalam pelbagai versi di seluruh dunia.

“Tentang inkarnasi dan reinkarnasi.”

Saya tidak tahu mengapa Dr. Balakrishna tiba-tiba begitu berminat terhadap watak Hanuman. Cuma, setahu saya, mendiang Khandan dulu suka akan watak lotong putih berkenaan.

“Dia dipercayai adalah inkarnasi Dewa Shiva. You know, seperti juga makna nama saya: Uthaya Sankar SB – ‘Dewa Shiva yang muncul kembali’. Malah nama saya sama makna dengan nama Hanuman.”

Dr. Balakrishna kelihatan resah. Lalu saya berusaha menjawab pertanyaannya secara terus terang.

“Rudra yang merupakan avatara Dewa Shiva yang kesebelas dikatakan lahir ke bumi sebagai Hanuman untuk membantu Rama membunuh Ravana. Tapi dalam versi saya pula …”

Saya pandang wajahnya kerana bimbang kalau-kalau dia tidak berminat mengetahui perwatakan Hanuman dalam karya-karya parodi yang saya hasilkan.

“Ya?” tanyanya dengan penuh minat tanpa mengendahkan beberapa mahasiswa yang melambai kepada saya dari pintu masuk ke kantin Kompleks Perdana Siswa.

(Salah seorang daripada mahasiswa berkenaan memakai kemeja-T lusuh bertulis “MISI KEPARAT”. Entah dari mana dia mendapat kemeja-T itu yang pernah disebarkan secara sembunyi-sembunyi di kalangan mahasiswa/i pada sekitar tahun 1995.)

“Saya percaya Hanuman adalah anak Rama dan Sita.”

“Lahir sebagai monyet, bukan?” pintas Dr. Balakrishna.

“Lotong sebenarnya. Tapi saya jadikan kera dalam novel Hanuman: Potret Diri.”

“Ya, novel itu! Awak kata dia begitu ingin bertemu ibu bapanya, bukan? Tapi Rama dan Sita tidak mengakuinya anak. Lalu, Tuhan menghukum mereka, bukan?”

Saya angguk; tidak menduga doktor muda ini memang berminat membaca karya sastera. Tidak sia-sia saya kirim buku kepadanya.

(Petikan cerpen yang termuat dalam buku Rudra Avatara)

24 Feb 2009

Power of 10 Sen

Universal Peace Federation (Malaysia) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia menganjurkan projek “Kuasa 10 Sen” bagi mengumpul dana bagi membantu kanak-kanak di Gaza. Projek yang bertema “Gaza Dibela” akan berlangsung di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya pada 9 Mac.

Maklumat lanjut di www.power10sen.org atau hubungi:
012-3403287 (Cik Fong)
012-3446287 (Mr James)
017-3385166 (Puan Krishna)

The Universal Peace Federation of Malaysia and Malaysian Red Crescent Society is organising “Power of 10 Sen”, a project to help children in Gaza. A “Peace Concovation” is to be held in University Malaya’s Dewan Tunku Canselor on March 9.

Details at www.power10sen.org or call:
012-3403287 (Miss Fong)
012-3446287 (Encik James)
017-3385166 (Ms Krishna)

Dengarlah, Sayang ...

Saya mahu membaca cerpen. Kalau boleh, saya mahu membaca cerpen dengan suara yang lantang di tempat awam. Biar khalayak berdiri di sekeliling dan mendengar saya membaca sebuah cerpen. 

“Awak jangan mengimpikan yang bukan-bukan,” kata rakan-rakan pada setiap kali saya meluahkan keinginan itu kepada mereka. 

Adakah apa yang saya impikan ini sesuatu yang bukan-bukan? Saya memang gemar membaca buku. Memanglah tidak banyak buku versi Braille dalam bahasa kebangsaan; apatah lagi karya sastera seperti cerpen dan novel. 

“Emak, bacakan saya sebuah cerita.” 

Demikian saya selalu meminta kepada emak pada usia muda. Saya akan berbaring di riba emak sementara emak membacakan puluhan, malah ratusan, cerita untuk saya dengar. 

“Dengarlah, sayang …” 

Suara emak lunak dan sedap didengar. Emak pandai mengawal intonasi suara. Emak bijak menyampaikan dialog dengan penuh penghayataan dan perasaan. 

Kalau ceritanya menggembirakan, emak akan menyampaikannya dengan nada gembira. Kalau ceritanya menyedihkan, emak akan menitiskan air mata sambil suaranya sebak. 

Saya tahu bahawa tangisan emak adalah bukan semata-mata kerana kesedihan dalam cerita. Sebenarnya emak sedang melahirkan kesedihan dalam dirinya sendiri. Kesedihan kerana anaknya tidak mampu melihat sejak lahir. 

(Petikan cerpen yang disiarkan dalam majalah Pelita Bahasa, Disember 2005. Kemudian dimuatkan dalam buku Kathakali, 2009)

23 Feb 2009

E-mel Untuk Anda

Nama sekolah saya adalah SRK Convent Aulong, Taiping. Memang ramai yang hairan mengapa saya belajar di sebuah convent. Sebenarnya, ia sebuah sekolah campur. Cuma namanya masih kekal sebagai convent sehingga kini.

Di sekolah itulah saya mula terlibat dalam pelbagai aktiviti yang tidak berorientasikan peperiksaan. Saya masih ingat lagu “Drunken Sailor” yang saya nyanyikan bersama-sama Sakthivel, Tarmizi, Rohaizat, Sakrapani dan Surendran sempena program persembahan murid.

Semasa di Darjah Enam, saya diberi kepercayaan menjadi pengacara majlis bagi Hari Penyampaian Hadiah. Walaupun secara fizikal, saya dikategorikan sebagai terlalu kurus dan bersaiz kecil, guru-guru menyedari bakat dan penguasaan bahasa yang saya miliki. Antara guru yang saya maksudkan ialah Neo Kee Boon dan Hajah Fadilah.

Saya menganggap segala aktiviti bahasa, sastera, persatuan, permainan dan semuanya sebagai aktiviti yang menyeronokkan. Minda saya tidak berorientasikan peperiksaan. Saya amat rajin membaca buku cerita di perpustakaan kecil di sekolah. Imaginasi dan daya kreativiti saya terus berkembang bersama-sama pembacaan ini.

Semuanya saya lakukan kerana minat terhadap bahasa dan ilmu. Semuanya saya lakukan tanpa dipaksa; tanpa disuruh. Mungkin sebab itulah juga segala ilmu dan pengalaman yang ditimba seawal sekolah rendah masih kekal dalam minda!

(Petikan cerpen yang disiarkan dalam majalah Dewan Siswa, Mac 2007)

22 Feb 2009

Allahyarham Dr Othman Puteh (5 Jan 1944 -19 Okt 2003)

Sewaktu Kavyan merancang untuk mengadakan acara Baca Cerpen Kavyan pada 29 Ogos – 2 September 2003 bagi mencatat rekod baca cerpen berterusan dalam The Malaysia Book of Records, urus setia sebulat suara menyokong supaya Pak Haji Othman diberi penghormatan membaca cerpen pertama.

Terdahulu, pada tahun 2001, saya bertanya kepada Allahyarham mengapa beliau tidak mengambil bahagian dalam Ratib Seribu Syair anjuran GAPENA pada 2-3 November 2001.

“Saya bukan penulis puisi,” jawab beliau sambil tersenyum. “Lainlah kalau baca cerpen. Tapi, adakah orang nak buat acara baca cerpen?”

Lalu, apabila saya mempelawa Pak Haji Othman untuk menyertai Baca Cerpen Kavyan, beliau tidak ada alasan untuk menolak. Malah, saya percaya, beliau menerima undangan itu dengan gembira. Dua cerpen yang dibacakan pada acara berkenaan adalah “Guruh” dan “Ario”. - BACA CATATAN LANJUT DI SINI

21 Feb 2009

Kesusasteraan Dharmawijaya & Derita Petani Lara

“Seminar Kesusasteraan: Dharmawijaya Dalam Kenangan” anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) akan berlangsung pada 14 Mac 2009 (Sabtu) di Dewan Persidangan Ideal UPM. Untuk maklumat lanjut, hubungi Dato’ Dr Kemala (012-2029130).

Maklumat ini saya terima daripada Dr Kamariah Kamarudin (012-2121882). Harap sudi sebarkan kepada rakan-rakan.

Cita-cita Saya

Pada zaman dahulu, semasa di Darjah 1, 2 & 3, berikut cita-cita yang saya nyatakan apabila ditanya oleh guru untuk diisi pada suatu borang:

1) Lawyer
2) Polis
3) Doktor

Terus-terang, semasa di Darjah 1, saya tidak tahu pun apakah bidang kerja “lawyer”; malah tidak tahu bahawa nama profesion itu dalam Bahasa Malaysia adalah “peguam”.

Sebaliknya, saya hanya mengulang senarai yang diajar kepada saya oleh adik-beradik dalam keluarga: Cita-cita saya adalah “lawyer” atau “polis” atau “doktor”.

Penggunaan istilah “cita-cita” sebenarnya tidak tepat. Sepatutnya “kerjaya” – atau memandangkan Bahasa Malaysia dilihat sebagai tidak lengkap tanpa Bahasa Inggeris, “profesion”.

Saya percaya, murid-murid pada masa sekarang masih diminta menyenaraikan tiga “cita-cita”.

Cita-cita Devishi Prabha Sankari yang berusia 7 tahun adalah:

1) Menjadi seorang doktor dan membuka sebuah klinik sendiri

DAN

2) Menjadi seorang jurutari dan membuka studio tarian sendiri

DAN

3) Menjadi penyunting berita sambilan di RTM.

20 Feb 2009

Ulasan Akhbar

Beberapa perkara telah menarik perhatian saya semasa membaca akhbar The Star pada pagi 20 Februari 2009.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan, “In Malaysia now, we’re seeing a lot of dirty politics” (halaman N10).

Saya percaya, Rakyat memang sedar mengenai apa yang sedang berlaku. Memang amat memualkan, tetapi berita-berita mengenai politik kotor inilah yang dilaporkan di media. Malah, ada media tertentu yang menjadi ejen untuk menyemarakkan politik kotor ini!

Terdahulu, di halaman N4, saya membaca kata-kata Tun Dr Mahathir, “There would be less fear of a certain race being sidelined if the Government could eliminate the differences in economic wealth”.

Suatu pandangan dan suara yang berani. Bagaimanapun, jika Rakyat daripada “certain race” menyuarakan pandangan yang sama, tidakkah nanti dilabel sebagai tidak menghormati Kontrak Sosial?

Tajuk besar yang mencuri tumpuan saya di halaman N30 dan entah mengapa membuatkan saya tersenyum sendiri: “MIC Polls On April 12”.

Saya turut berminat untuk menawarkan diri sebagai sukarelawan selepas membaca berita berikut di halaman M23:

Sarawak Tourism Board (STB) is seeking volunteers for the Rainforest World Music Festival in Kuching on July 10-12.”

Walaupun saya tidak tahu apa-apa mengenai “tauge” (nota muzik), pasti ada ruang untuk saya turut membantu menjayakan festival berkenaan.

Kalau bukan kerana akhbar The Star, saya mungkin tidak tahu bahawa 22 Februari adalah “World Thinking Day”. Bagaimanapun, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika hari berkenaan tidak menjadi sebutan dan tidak diraikan di Malaysia. Tambahan pula, bukankah kita lebih sibuk mempersoalkan sambutan “Valentine’s Day” tahun demi tahun? Apa perlunya hari untuk berfikir!

Berita di halaman W44 menyatakan, “Tabacco companies knowingly sold dangerous product and hid risks from the public”. Kalau saya diberi kuasa, saya akan menambah perkataan “stupid” sebelum “public”!

Apapun, tajuk bagi berita di atas adalah: “Smoker’s Widow Gets RM28 mil”. Pasti sahaja suatu rangsangan kepada perokok tegar!

Gelas bukan sebarang gelas,
Gelas daripada intan berkaca;
Ulas bukan sebarang ulas,
Niat pupuk minat membaca.

Saya dan Buku

Saya lebih suka membaca cerpen berbanding novel. Kalau membaca novel, apabila sampai ke Bab Empat, misalnya, saya ketara tidak ingat apa yang berlaku di Bab Satu!

Sejak kanak-kanak, saya gemar membaca buku cerita.

Sejak di sekolah rendah, saya membaca buku Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia - dan dapat menilai perbezaan mutu antara kedua-duanya dari segi kandungan dan fizikal.

Saya membaca beberapa buah buku pada tempoh masa yang sama.

Biasanya ada sebuah buku di dalam kereta, sebuah buku di dalam beg dan sebuah buku di ruang tamu untuk dibaca apabila ada masa.

Kebanyakan buku cerita yang saya miliki adalah karya Bahasa Inggeris - kerana saya tidak mahu berpura-pura apabila memilih bahan bacaan yang mencabar minda dan memenuhi selera intelektual.

Saya turut membaca karya pelbagai bahasa lain yang diterjemah ke Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

19 Feb 2009

Pengacara Majlis

Siapa sangka, suatu amalan yang sudah menjadi lumrah dan kebiasaan bagi kita, boleh menjadi sesuatu yang menakjubkan dan menghairankan bagi orang lain.

Hamba tak pandai menyusun ayat,
Lidah pula menjadi kelu;
ExxonMobil berjiwa rakyat,
Tampil membantu mereka yang perlu.

Demikian satu daripada beberapa rangkap pantun yang saya selitkan semasa menjalankan tugas pengacara majlis sempena Persamian Projek Memperkasa Wanita dan Beliawanis (2008-2011) oleh DHRRA Malaysia di bawah Program Mendidik Kaum Wanita dan Gadis ExxonMobil di Dewan Orang Ramai Taman Permata, Dengkil pada 19 Februari 2009.

Saya sengaja tiba awal di tempat acara berlangsung; walaupun saya tahu bahawa tetamu kehormat akan memilih untuk datang lewat. Seperti biasa, saya mahu menyesuaikan diri dengan tempat, suasana dan khalayak. Bukan kerana gementar, tetapi kerana mahu mengendalikan majlis mengikut situasi dan suasana setempat.

Sementara menunggu acara bermula, sempat juga saya bertemu dengan beberapa individu. Rata-rata mereka bertanya, sejak bila saya mula menjadi pengacara bagi majlis-majlis.

Mereka juga tahu bahawa saya seorang sasterawan dan seorang pengamal media. Lalu, mereka juga berminat untuk mengetahui bagaimana saya boleh menjadi seorang individu yang mampu menguasai pelbagai bidang dan kepakaran; seorang “selebriti serba boleh”, kata mereka.

Selesai majlis yang dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, saya berpeluang bertemu beberapa lagi individu yang mengucapkan tahniah atas kemampuan saya mengendalikan majlis secara profesional menggunakan Bahasa Malaysia serta menyelitkan pantun tradisional dan moden.

Siapa sangka, suatu amalan yang sudah menjadi lumrah dan kebiasaan bagi kita, boleh menjadi sesuatu yang menakjubkan dan menghairankan bagi orang lain.

Apapun, seperti selalu, saya sentiasa sedar, akur dan mengakui bahawa segala bakat dan kebolehan yang ada pada diri ini adalah anugerah Tuhan sebagai tanda cinta-Nya.

Saya dan Filem

Saya paling banyak menonton filem Bahasa Inggeris kerana penuh dengan pelbagai unsur yang mencabar minda dan intelektualiti.

Saya juga menonton filem Bahasa Tamil yang bermutu dan menampilkan kelainan.

Filem-filem Bahasa Malayalam yang bermutu pula agak sukar diperoleh dalam pasaran di Malaysia.

Filem-filem dalam bahasa-bahasa negara asing (Jepun, Perancis, Jerman dll) juga saya tonton.

Dahulu, saya bersemangat menantikan filem "Lelaki Komunis Terakhir" ditayangkan di pawagam. Malangnya, filem berkenaan tidak ditayangkan.

Saya pernah menonton filem "Suami, Isteri dan ..." di pawagam sebelum mewawancara Pansha. Beliau terkejut apabila saya bertanya berapa peratus filem beliau ditiru daripada filem Bahasa Tamil, "Mauna Geetham"!

18 Feb 2009

The Tale of Despereaux

Saya sempat menonton filem animasi ini bersama-sama Devishi Prabha Sankari pada 14 Februari 2009.

Sejak awal, saya sudah dapat membayangkan bahawa filem ini tidak ditujukan khusus kepada khalayak kanak-kanak. Apatah lagi, apabila permaisuri digambarkan meninggal dunia. Perkara seperti ini biasanya tidak ditonjolkan dalam filem/kartun kanak-kanak.

Devishi juga hilang minat untuk menonton The Tale of Despereaux selepas hampir 30 minit. Saya pula berminat kerana filem animasi ini ternyata menampilkan beberapa lapisan cerita.

Misalnya, kisah Puteri Pea yang kematian ibu, tikus (rat) bernama Chiaroscuro yang berubah daripada baik menjadi jahat, tikus (mouse) bernama Despereaux Tilling bertelinga besar, dan budak suruhan Miggery Sow yang mencemburui tuan puteri.

Ada beberapa lagi lapis cerita yang dipaparkan dalam filem ini yang dihasilkan berdasarkan buku cerita karya Kate DiCamillo (2003) dan dikatakan sesuai bagi bacaan kanak-kanak 9-12 tahun!

Sebuah filem yang wajar ditonton dengan fikiran matang dan terbuka.

Maklumat lanjut The Tale of Despereaux boleh juga dibaca di SINI.

17 Feb 2009

Hari Jadi

Sejak bergelar “Acha” (Bapa; Bahasa Malayalam), saya tidak lagi menyambut Hari Jadi atau ulang tahun tarikh kelahiran.

Bagi saya, kewujudan saya sebagai seorang bapa kepada anak-anak yang dikasihi adalah jauh lebih penting dan bermakna untuk diraikan berbanding merayakan Hari Jadi.

Saya juga biasanya jarang menyampaikan ucapan “Selamat Hari Jadi” walaupun kepada kumpulan rakan-rakan dan kenalan yang menganggap tarikh ulang tahun kelahiran mereka sebagai suatu tarikh yang amat penting; dan wajib diingati oleh orang lain!

Bagi saya, apalah ertinya bagi seorang dewasa meraikan ulang tahun tarikh kelahiran sekiranya tiada apa-apa perkara penting yang berlaku – atau dilakukan oleh individu berkenaan – sejak setahun lalu.

Sebaliknya, jika individu berkenaan ada melakukan sesuatu yang membanggakan (suatu hijrah) dalam tempoh setahun yang lalu, maka ada alasan untuk meraikan kejayaan itu sempena ulang tahun kelahirannya.

Bagi kanak-kanak pula, sambutan Hari Jadi masih sesuai kerana mereka belum boleh diharapkan untuk melakukan sesuatu yang amat hebat (hijrah) dalam hidup. Sebaliknya, sambutan ulang tahun tarikh kelahiran boleh dijadikan peluang untuk membantu mereka menghargai hidup dan umur yang panjang. Demikian pandangan saya, dan anda tidak perlu pun bersetuju.

16 Feb 2009

x Kali Ditanya

x kali ditanya bagaimana saya boleh menguasai bahasa tertentu — sedangkan pada hakikatnya, bahasa berkenaan adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

x kali ditanya mengapa tidak memeluk agama tertentu memandangkan saya ada pengetahuan mendalam mengenai agama itu — sedangkan pada hakikatnya, saya juga ada pengetahuan mendalam mengenai beberapa agama lain.

x kali ditanya mengapa saya bertegas menggunakan istilah “Bahasa Malaysia” — sedangkan pada hakikatnya, istilah itu memang wujud dan sah digunakan.

Nota: Dalam budaya SMS, simbol “x” mungkin membawa makna “tidak” tetapi penggunaan “x” di sini adalah mengikut hukum matematik.

15 Feb 2009

2 Kali Tersilap


Meminta teh tarik di sebuah kedai di Marudi, Sarawak pada 6 Februari 2009.

Meminta teh tarik di sebuah kedai di Miri, Sarawak pada 8 Februari 2009.

14 Feb 2009

Kelab Membaca Sinar Pintar di SK Seksyen 7, Kota Damansara

1. Taklimat Kelab Membaca Sinar Pintar ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Kota Damansara pada 14 Februari 2009 (Sabtu), 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari sempena Pelancaran Kelab Membaca Sinar Pintar.

2. Sekitar 500 murid Tahun 4, 5 dan 6 menghadiri taklimat yang berlangsung di Dewan Harmoni SKS7KD.

3. Penyelaras projek, Roslan Zakaria yang juga merupakan Guru Perpustakaan dan Media bertindak sebagai pengacara majlis, manakala Khairun Nisak Hashim yang merupakan salah seorang Mentor Kelab Membaca Sinar Pintar bertindak sebagai Pengarah Projek.

4. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti nyanyian lagu Membaca Gaya Wawasan.

5. Guru Besar, Hajah Jamilah Darman dalam ucapannya melahirkan harapan agar murid-murid memanfaatkan sesi taklimat yang diadakan dan seterusnya mendapat manfaat melalui Kelab Membaca Sinar Pintar.

6. Uthaya Sankar SB selaku penceramah mengingatkan bahawa majlis pada hari ini amat istimewa kerana tarikh 14 Februari adalah Hari Kasih Sayang; dan murid-murid wajar menggunakan sambutan ini untuk mencintai ilmu dan buku.

7. Taklimat oleh Fasilitator Kelab Membaca Sinar Pintar, Uthaya Sankar SB mengenai segala perkara berkaitan kelab berkenaan dengan bantuan slaid Power Point. Penjelasan dan taklimat yang diberikana adalah cukup menyeluruh dan membantu para hadirin memahami sepenuhnya objektif, gerak kerja, pengisian dan perkara-perkara lain berkaitan Kelab Membaca Sinar Pintar.

8. Uthaya Sankar SB menyatakan bahawa murid-murid serta guru-guru SKS7KD amat bertuah kerana Khairun Nisak Hashim merupakan seorang Mentor Kelab Membaca Sinar Pintar dan boleh menjadi tempat rujukan.

9. Seramai 234 murid mengisi dan menyerahkan borang untuk menjadi Ahli Kelab Membaca Sinar Pintar.

10. Cabutan bertuah dibuat menggunakan borang Ahli yang sudah diserahkan. Hadiah-hadiah yang diberikan adalah buku nota, pensel, pen dan pemegang kunci Perpustakaan Negara Malaysia.

11. Bunting Kelab Membaca Sinar Pintar dan Kempen Membaca turut diserahkan untuk dipaparkan di SKS7KD.

12. Secara keseluruhan, taklimat yang diadakan berjaya mempromosi Kelab Membaca Sinar Pintar kepada murid-murid dan guru-guru SKS7KD.

13. Foto dimuatkan di Facebook.

3 Kali Terdiam

Hanya mampu terdiam apabila bekas pelajar serta kenalan bertanya mengenai mutu kandungan dan persembahan ulasan akhbar di televisyen sejak enam bulan lalu.

Hanya mampu terdiam apabila ada orang bertanya apakah benar penyampai wanita Berita Tamil diarah berambut pendek serta tidak dibenarkan memakai sari.

Hanya mampu terdiam mendengar penyampai berita menjerit-jerit di hadapan kamera.

13 Feb 2009

4 Kali Tahniah

Tahniah kepada penduduk di kawasan tertentu yang akan berhadapan dengan pilihan raya kecil berikutan kematian tokoh politik dari parti tertentu.

Tahniah kepada penduduk di kawasan tertentu yang akan berhadapan dengan pilihan raya kecil berikutan tokoh politik dari parti tertentu meletakkan jawatan.

Tahniah kepada penduduk di kawasan tertentu kerana bakal mendapat habuan apabila parti-parti politik yang bertanding berebut-rebut berkhidmat kepada rakyat.

Tahniah kepada penduduk di kawasan tertentu kerana bakal mendapat pelbagai ganjaran sebelum melangkah ke pusat pengundian.

12 Feb 2009

2 Kali Hairan

Hairan juga mengapa secara tiba-tiba, penduduk minoriti etnik tertentu di sebuah negeri di sebuah negara tertentu diberi keutamaan oleh orang politik tertentu.

Hairan juga mengapa secara tiba-tiba, sebuah stesen televisyen tertentu di sebuah negara tertentu memberi keutamaan dalam menyiarkan bahan berita mengenai penduduk minoriti etnik tertentu di negara tertentu.

11 Feb 2009

Naan Kadavul

Kita hanyalah lembu dan kambing yang boleh dijual-beli dan diperlakukan sesuka hati oleh pemilik kita.

Saya menonton filem “Naan Kadavul” (Saya Tuhan; I Am God) setelah anak saya, Ganesan Duraisamy memaklumkan bahawa filem itu sesuai dengan citarasa saya yang suka akan filem-filem yang membawa kelainan.

Filem berkenaan saya tonton pada Rabu, 11 Februari 2009, pukul 12:00 tengah hari di pawagam Sri Intan, Klang.

Ternyata filem “Naan Kadavul” mempunyai kelainan yang tersendiri. Kisah kanak-kanak dan golongan cacat (atau dijadikan cacat!) yang dipaksa menjadi peminta sedekah mengingatkan saya pada filem “Slumdog Millionaire” yang diadaptasi daripada novel “Q & A” karya Vikas Swarup.

Vikas Swarup dalam suatu wawancara (yang ada juga disiarkan dalam akhbar Sunday Star, 25 Januari 2009) dilaporkan berkata: “I don’t know if it’s true that there are begger masters who blind children to make them more effective when they beg on the streets”.

Filem “Naan Kadavul” turut mengangkat kisah mengenai golongan peminta sedekah yang dipergunakan (baca: diperhambakan) oleh “pemilik” atau “tuan” mereka.

Seperti dikatakan oleh beberapa watak dalam filem ini, mereka umpama lembu dan kambing yang boleh dijual-beli dan diperlakukan sesuka hati oleh pemilik mereka.

Namun, dalam segala penderitaan itu, mereka masih mampu menghibur hati dan melalui kehidupan seharian dengan cara tersendiri.

Bagi saya, watak Rudra yang dilakonkan oleh Arya kurang penting berbanding watak wanita buta (Hamsavalli) lakonan Pooja serta watak-watak pengemis yang begitu meninggalkan kesan pada jiwa dan pemikiran.

Lakonan Pooja jauh lebih baik berbanding lakonan Jothika sebagai wanita buta dalam filem “Perazaghan” (bersama Surya). Kalau dewasa ini ramai pelakon wanita yang tampil semata-mata untuk mempertonton tubuh mereka, Pooja pula tampil dalam “Naan Kadavul” untuk mempertonton bakat lakonan.

Saya tidak tahu siapa pelakon yang bernama Pooja ini. Saya juga tidak tahu jika saya pernah menonton filem-filem lain lakonan Pooja. Namun, apa yang pasti, Pooja berjaya membuktikan keupayaannya berlakon melalui pembawaan watak Hamsavalli secara yang amat berkesan melalui filem “Naan Kadavul”.

Hamsavalli seorang wanita buta bersuara merdu yang mengemis untuk mendapatkan wang, dan kemudian diculik oleh sebuah sindiket untuk mengemis di kawasan sebuah kuil. Selepas itu, mahu pula dijual kepada seorang lelaki berwajah amat hodoh untuk dijadikan isteri.

Apabila Hamsavalli melarikan diri, dia diseksa dengan amat kejam. Sehingga akhirnya wanita buta itu memutuskan bahawa kematian adalah lebih baik daripada kehidupan di dunia.

Banyak babak dan dialog yang dipotong dan ditapis dalam filem ini. Terpulang pada imaginasi penonton untuk mengisi “kekosongan” itu. Khabarnya sebuah lagu juga dipotong sepenuhnya.

Bagi sesiapa yang mahu mempersoalkan tema dan persoalan yang dikemukakan dalam filem ini – sama ada berkaitan judul filem ini sendiri atau mengenai tindakan watak tertentu mahu membunuh diri – tontonlah filem ini terlebih dahulu dengan jiwa kemanusiaan.

Sebenarnya “Naan Kadavul” bukan mengenai seorang individu yang mengaku dirinya Tuhan, tetapi mengenai manusia terseksa yang mengharapkan belas kasihan Tuhan.

Dapatkan maklumat lanjut di laman www.naankadavul.com

Kembalinya Sang Hanuman

“Avatara” – perkataan yang membentuk judul kumpulan cerpen ini – bermaksud penjelmaan semula. Sebelas cerpen dalam kumpulan ini membuktikan kata-kata itu. Uthaya perlu menjelma semula kerana dunia sastera Malaysia memerlukannya – untuk menimbulkan persoalan-persoalan terhadap pembaca dan mencabar mereka yang berselera rendah.
Demikian petikan yang dicetak menggunakan fon besar di halaman 17, Mingguan Wasilah (8-14 Februari 2009) yang menyiarkan ulasan buku Rudra Avatara oleh Shadie Othman dengan tajuk Kembalinya Sang Hanuman.

Saya mendapat berita mengenai penyiaran ulasan ini daripada Jimadie dan Roslan Jomel semasa berada di Baram, Sarawak (4-8 Februari 2009) serta berpeluang membacanya pada 10 Januari 2009.
Ternyata cerpen "Cat" khasnya mendapat lonjakan makna yang cukup berbeza dan berlainan dalam ulasan ini. Malah, pengulas menganggap cerpen berkenaan "boleh hidup sekurang-kurangnya 30 tahun lagi".

10 Feb 2009

Nombor Telefon

012-3368142 - Nombor telefon saya yang biasa digunakan.

014-8922491 - Nombor telefon (dan telefon bimbit!) yang dibeli di Marudi, Sarawak kerana liputan Maxis amat tidak memuaskan.
.
085-755211 - Nombor telefon Bilik Gerakan Operasi Banjir Daerah Baram.

03-22827448 - Nombor telefon Unit Bencana RTM di Rumah Eksekutif, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

9 Feb 2009

Ringkasan 5 Hari di Baram (Liputan Banjir)


3 Februari 2009 - Dari KLIA ke Miri, Sarawak.

4 Februari 2009 - Dari Miri ke Marudi. Tinjauan bersama ADUN Marudi.

5 Februari 2009 - Liputan sekitar Marudi.

6 Februari 2009 - Sertai misi penghantaran bantuan makanan ke Sungai Buri.

7 Februari 2009 - Tinjauan udara di sekitar Daerah Baram bersama ADUN Marudi.

8 Februari 2009 - Tinjauan di Pusat Pemindahan. Dari Marudi ke Miri.

9 Februari 2009 - Dari Miri ke KLIA.
.
Nota: Dapatkan foto-foto di Facebook.

8 Feb 2009

Thaipusam: 4 Rangkap Pantun 4 Kerat


Berikut 4 rangkap pantun 4 kerat yang “dijual” kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa Pesta Ponggal Bukit Bintang di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada 19 Januari 2008:

Kekalkan tradisi sepanjang hayat,
Berbuat baik membawa berkat;
Pemimpin negara berjiwa rakyat,
Amat memahami kehendak masyarakat.

Hormati selalu ibu dan ayah,
Jangan sekalipun terkasar kata;
Walaupun sambutan di luar wilayah,
Kemeriahan dikongsi warga kota.

Minum pagi kopi pekat,
Bersarapan dengan sebuku roti;
Sambutan Thaipusam semakin dekat,
Warga menanti pengumuman cuti.

Anak burung belajar terbang,
Walau hujan turun lebat;
Kalau Pak Lah sudi pertimbang,
Pasti sokongan semakin hebat.

Pak Lah “membeli” pantun saya; dan berikut pantun balas beliau:

Thaipusam sudah dekat,
Rakyat muafakat;
Pak Lah kena mesyuarat,
Lepas itu baru nak cakap.

Nota:
1) Berita mengenai kemungkinan Pak Lah umum cuti Thaipusam mendapat liputan meluas dalam akhbar-akhbar dan berita radio/televisyen pada 20 Januari 2008.

2) Dalam segmen Akhbar Hari Ini pada 20 Januari 2008, rangkap ketiga pantun di atas turut dibacakan.

3) Pada petang 20 Januari 2008, Pak Lah umumkan cuti Thaipusam bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

4) Pada 21 Januari 2008, Anita Abdullah dari Bernama Radio24 mewawancara saya mengenai cuti Thaipuam dan pantun Thaipusam itu dalam berita Bahasa Inggeris.

5) Pada 23 Januari 2008 (Hari Thaipusam), Zamzarina memperkatakan mengenai pantun Thaipusam dalam Selamat Pagi Malaysia.

6) Anita Abdullah bercadang mewawancara saya dalam Bernama Radio24 (93.9FM) pada 9 Februari 2009, 12:15 tengah hari. Tetapi terpaksa ditolak kerana akan berada dalam penerbangan dari Miri ke KLIA.

7 Feb 2009

14 Kelas @ 14 Classes

Kelas-kelas pada zaman persekolahan:

1. Darjah 1B
2. Darjah 2A
3. Darjah 3A
4. Darjah 4A
5. Darjah 5A (Penilaian)
6. Darjah 6A
7. Tingkatan 1 Perdagangan 1
8. Tingkatan 2 Perdagangan 1
9. Tingkatan 3 Perdagangan 1 (SRP)
10. Tingkatan 4 Sains 1
11. Tingkatan 5 Sains 1 (SPM)
12. Tingkatan 6 Rendah Sains *
13. Tingkatan 6 Rendah Sastera
14. Tingkatan 6 Atas Sastera (STPM)

* Membuat permohonan untuk bertukar ke kelas sastera. Ditolak. Membuat rayuan dan akhirnya diluluskan beberapa bulan kemudian.

Nota: Pendidikan sekolah rendah dan menengah di Taiping, Perak.

6 Feb 2009

3 Bahasa @ 3 Languages


Bahasa-bahasa yang mampu dikuasai setakat ini:


1. Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Tamil

Nota: Amat memalukan kerana masih tidak mampu menguasai Bahasa Mandarin!

5 Feb 2009

16 Majalah @ 16 Magazines


Majalah-majalah utama yang pernah menyiarkan karya saya:

1. Dakwah
2. Dewan Pelajar
3. e-baca
4. Dewan Siswa
5. e@siswa
6. Pelita Bahasa
7. Dewan Bahasa
8. Siasah
9. Sarina
10. Dewan Kosmik
11. Dewan Budaya
12. Dewan Masyarakat
13. Dewan Agama & Falsafah
14. Tunas Cipta
15. Minda
16. Dewan Sastera

Nota: Tidak termasuk akhbar, buletin, surat berita dan sebagainya.

4 Feb 2009

10 Haiwan Peliharaan @ 10 Pets

Haiwan-haiwan yang pernah dipelihara sejak kecil:

1. Burung merpati
2. Burung merbuk
3. Burung layang-layang
4. Burung tiung
5. Ikan laga
6. Ikan sepat
7. Ikan toman
8. Ikan emas
9. Kucing
10. Anjing

Nota: Tidak termasuk ternakan bagi tujuan makanan.

3 Feb 2009

8 Anugerah @ 8 Awards


Hadiah/anugerah yang diperoleh bagi karya sastera yang dihasilkan:


1. Hadiah Cerpen Maybank-DBP 1992
2. Hadiah Cerpen Maybank-DBP 1993
3. Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1993
4. Hadiah Cerpen Maybank-DBP 1996
5. Hadiah Cerpen Esso-Gapena 1996
6. Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97
7. Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1998/99
8. Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2003

Nota: Tidak ada mana-mana karya yang ditulis khusus untuk tujuan pertandingan. DAPATKAN SENARAI KARYA DI SINI.

2 Feb 2009

3 Nama Pena @ 3 Pen Names

Nama-nama pena yang digunakan dalam penulisan:

1. Shafie Uzein Gharib
2. Hanuman O
3. Leonard Loar

Nota: Sila KLIK di sini untuk maklumat lanjut mengenai nama-nama pena ini.

1 Feb 2009

The Secret

Aktiviti: Bicara Buku The Secret
Tarikh: 1 Februari 2009 (Ahad)
Masa: 10:00 pagi – 11:15 pagi Waktu Kavyan
Tempat: Perpustakaan Raja Tun Uda (PRTU), Shah Alam
Penceramah: Uthaya Sankar SB
Penyelaras/Pelapor: Ganesan Duraisamy
Peserta: Terbuka/Umum/Dewasa


1. Program Bicara Buku The Secret (Rhonda Byrne, 2006) adalah anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

2. Buku berkenaan dibicarakan oleh Uthaya Sankar SB sementara Ganesan Duraisamy bertindak sebagai penyelaras dan jurukamera. Beberapa kakitangan PRTU turut terlibat sebagai jawatankuasa penganjur.

3. Peserta terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum, agama dan umur, serta latar belakang dan pekerjaan.

4. Bicara buku dilakukan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris; manakala slaid yang ditayangkan menggunakan Bahasa Inggeris.

5. Para peserta turut berkongsi pandangan, komen dan pengalaman.

6. Walaupun jumlah peserta tidak ramai, program berjalan lancar dan menepati sasaran/objektif.

7. Para peserta melahirkan minat untuk menyertai aktiviti anjuran Kavyan pada masa akan datang. Mereka diminta melayari laman sesawang www.kavyan.cjb.net semasa ke semasa.

8. Jamuan ringan disediakan oleh pihak PPAS.

9. Maklumat lanjut mengenai The Secret boleh dibaca di www.thesecret.tv

10. Foto aktiviti boleh dilihat di Facebook.
.
11. Kavyan merakamkan terima kasih kepada akhbar The Star yang menyiarkan promosi aktiviti ini pada 15 Januari 2009, 28 Januari 2009 dan 1 Februari 2009. Terima kasih juga kepada pengendali laman web, e-group dan blogger yang membantu menyebarkan maklumat mengenai aktiviti ini.

40 Pelajar @ 40 Students


Bekas pelajar saya di IPTS yang nombor telefon mereka ada dalam memori telefon bimbit saya:

1. Adrian Lim (SIT)
2. Anbarasan (Prime)
3. Andrew (MSC)
4. Arween (MSC)
5. Arwind (Prime)
6. Az (ICOM)
7. Balwinder Singh (Prime)
8. Daniel Goh (SEGi)
9. Deborah (ICOM)
10. Devan Ramasamy (Prime)
11. Elaine (SEGi ADP)
12. Faiz Hussamuddin (SEGi)
13. Giggs (Prime)
14. Hammer (Prime)
15. Haritha (SEGi ADP)
16. Iqbal (Prime)
17. Kamila (Prime)
18. Kannan (Prime)
19. Kay @ Matt Kay (Prime)
20. Kelly (Prime)
21. Kodiswaran (ICOM)
22. Muren (LICT)
23. Nareeta (Optima)
24. Neetasha (SEGi ADP)
25. Perlis (Prime) *
26. Prasanth (TOA)
27. Rajan @ King Kong (SIT)
28. Ramlah (Prime)
29. Ridzuan (TOA)
30. Sam (Optima)
31. Saravanan (SIT)
32. Satia (ICOM)
33. Scotty (SEGi)
34. Shoban (Prime)
35. Subaharan (Prime)
36. Sundar (MSC)
37. Thurga (SEGi)
38. Vanmathi (MSC)
39. Vicky (SIT) *
40. Yunesh (Prime)

* Tidak pernah menjadi pelajar berdaftar di kelas saya tetapi tetap hadir!

Nota: Ada nombor telefon pelajar yang hilang apabila telefon bimbit hilang. Ramai lagi yang masih dihubungi melalui e-mel, Friendster dan Facebook.