Sejak bergelar “Acha” (Bapa; Bahasa Malayalam), saya tidak lagi menyambut Hari Jadi atau ulang tahun tarikh kelahiran.
Bagi saya, kewujudan saya sebagai seorang bapa kepada anak-anak yang dikasihi adalah jauh lebih penting dan bermakna untuk diraikan berbanding merayakan Hari Jadi.
Saya juga biasanya jarang menyampaikan ucapan “Selamat Hari Jadi” walaupun kepada kumpulan rakan-rakan dan kenalan yang menganggap tarikh ulang tahun kelahiran mereka sebagai suatu tarikh yang amat penting; dan wajib diingati oleh orang lain!
Bagi saya, apalah ertinya bagi seorang dewasa meraikan ulang tahun tarikh kelahiran sekiranya tiada apa-apa perkara penting yang berlaku – atau dilakukan oleh individu berkenaan – sejak setahun lalu.
Sebaliknya, jika individu berkenaan ada melakukan sesuatu yang membanggakan (suatu hijrah) dalam tempoh setahun yang lalu, maka ada alasan untuk meraikan kejayaan itu sempena ulang tahun kelahirannya.
Bagi kanak-kanak pula, sambutan Hari Jadi masih sesuai kerana mereka belum boleh diharapkan untuk melakukan sesuatu yang amat hebat (hijrah) dalam hidup. Sebaliknya, sambutan ulang tahun tarikh kelahiran boleh dijadikan peluang untuk membantu mereka menghargai hidup dan umur yang panjang. Demikian pandangan saya, dan anda tidak perlu pun bersetuju.