18 Feb 2009

The Tale of Despereaux

Saya sempat menonton filem animasi ini bersama-sama Devishi Prabha Sankari pada 14 Februari 2009.

Sejak awal, saya sudah dapat membayangkan bahawa filem ini tidak ditujukan khusus kepada khalayak kanak-kanak. Apatah lagi, apabila permaisuri digambarkan meninggal dunia. Perkara seperti ini biasanya tidak ditonjolkan dalam filem/kartun kanak-kanak.

Devishi juga hilang minat untuk menonton The Tale of Despereaux selepas hampir 30 minit. Saya pula berminat kerana filem animasi ini ternyata menampilkan beberapa lapisan cerita.

Misalnya, kisah Puteri Pea yang kematian ibu, tikus (rat) bernama Chiaroscuro yang berubah daripada baik menjadi jahat, tikus (mouse) bernama Despereaux Tilling bertelinga besar, dan budak suruhan Miggery Sow yang mencemburui tuan puteri.

Ada beberapa lagi lapis cerita yang dipaparkan dalam filem ini yang dihasilkan berdasarkan buku cerita karya Kate DiCamillo (2003) dan dikatakan sesuai bagi bacaan kanak-kanak 9-12 tahun!

Sebuah filem yang wajar ditonton dengan fikiran matang dan terbuka.

Maklumat lanjut The Tale of Despereaux boleh juga dibaca di SINI.