19 Feb 2009

Saya dan Filem

Saya paling banyak menonton filem Bahasa Inggeris kerana penuh dengan pelbagai unsur yang mencabar minda dan intelektualiti.

Saya juga menonton filem Bahasa Tamil yang bermutu dan menampilkan kelainan.

Filem-filem Bahasa Malayalam yang bermutu pula agak sukar diperoleh dalam pasaran di Malaysia.

Filem-filem dalam bahasa-bahasa negara asing (Jepun, Perancis, Jerman dll) juga saya tonton.

Dahulu, saya bersemangat menantikan filem "Lelaki Komunis Terakhir" ditayangkan di pawagam. Malangnya, filem berkenaan tidak ditayangkan.

Saya pernah menonton filem "Suami, Isteri dan ..." di pawagam sebelum mewawancara Pansha. Beliau terkejut apabila saya bertanya berapa peratus filem beliau ditiru daripada filem Bahasa Tamil, "Mauna Geetham"!