Siapa sangka, suatu amalan yang sudah menjadi lumrah dan kebiasaan bagi kita, boleh menjadi sesuatu yang menakjubkan dan menghairankan bagi orang lain.
Hamba tak pandai menyusun ayat,
Lidah pula menjadi kelu;
ExxonMobil berjiwa rakyat,
Tampil membantu mereka yang perlu.
Demikian satu daripada beberapa rangkap pantun yang saya selitkan semasa menjalankan tugas pengacara majlis sempena Persamian Projek Memperkasa Wanita dan Beliawanis (2008-2011) oleh DHRRA Malaysia di bawah Program Mendidik Kaum Wanita dan Gadis ExxonMobil di Dewan Orang Ramai Taman Permata, Dengkil pada 19 Februari 2009.
Saya sengaja tiba awal di tempat acara berlangsung; walaupun saya tahu bahawa tetamu kehormat akan memilih untuk datang lewat. Seperti biasa, saya mahu menyesuaikan diri dengan tempat, suasana dan khalayak. Bukan kerana gementar, tetapi kerana mahu mengendalikan majlis mengikut situasi dan suasana setempat.
Sementara menunggu acara bermula, sempat juga saya bertemu dengan beberapa individu. Rata-rata mereka bertanya, sejak bila saya mula menjadi pengacara bagi majlis-majlis.
Mereka juga tahu bahawa saya seorang sasterawan dan seorang pengamal media. Lalu, mereka juga berminat untuk mengetahui bagaimana saya boleh menjadi seorang individu yang mampu menguasai pelbagai bidang dan kepakaran; seorang “selebriti serba boleh”, kata mereka.
Selesai majlis yang dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, saya berpeluang bertemu beberapa lagi individu yang mengucapkan tahniah atas kemampuan saya mengendalikan majlis secara profesional menggunakan Bahasa Malaysia serta menyelitkan pantun tradisional dan moden.

Apapun, seperti selalu, saya sentiasa sedar, akur dan mengakui bahawa segala bakat dan kebolehan yang ada pada diri ini adalah anugerah Tuhan sebagai tanda cinta-Nya.