Saya lebih suka membaca cerpen berbanding novel. Kalau membaca novel, apabila sampai ke Bab Empat, misalnya, saya ketara tidak ingat apa yang berlaku di Bab Satu!
Sejak kanak-kanak, saya gemar membaca buku cerita.
Sejak di sekolah rendah, saya membaca buku Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia - dan dapat menilai perbezaan mutu antara kedua-duanya dari segi kandungan dan fizikal.
Saya membaca beberapa buah buku pada tempoh masa yang sama.
Biasanya ada sebuah buku di dalam kereta, sebuah buku di dalam beg dan sebuah buku di ruang tamu untuk dibaca apabila ada masa.
Kebanyakan buku cerita yang saya miliki adalah karya Bahasa Inggeris - kerana saya tidak mahu berpura-pura apabila memilih bahan bacaan yang mencabar minda dan memenuhi selera intelektual.
Saya turut membaca karya pelbagai bahasa lain yang diterjemah ke Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.