Beberapa perkara telah menarik perhatian saya semasa membaca akhbar The Star pada pagi 20 Februari 2009.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan, “In Malaysia now, we’re seeing a lot of dirty politics” (halaman N10).
Saya percaya, Rakyat memang sedar mengenai apa yang sedang berlaku. Memang amat memualkan, tetapi berita-berita mengenai politik kotor inilah yang dilaporkan di media. Malah, ada media tertentu yang menjadi ejen untuk menyemarakkan politik kotor ini!
Terdahulu, di halaman N4, saya membaca kata-kata Tun Dr Mahathir, “There would be less fear of a certain race being sidelined if the Government could eliminate the differences in economic wealth”.
Suatu pandangan dan suara yang berani. Bagaimanapun, jika Rakyat daripada “certain race” menyuarakan pandangan yang sama, tidakkah nanti dilabel sebagai tidak menghormati Kontrak Sosial?
Tajuk besar yang mencuri tumpuan saya di halaman N30 dan entah mengapa membuatkan saya tersenyum sendiri: “MIC Polls On April 12”.
Saya turut berminat untuk menawarkan diri sebagai sukarelawan selepas membaca berita berikut di halaman M23:
“Sarawak Tourism Board (STB) is seeking volunteers for the Rainforest World Music Festival in Kuching on July 10-12.”
Walaupun saya tidak tahu apa-apa mengenai “tauge” (nota muzik), pasti ada ruang untuk saya turut membantu menjayakan festival berkenaan.
Kalau bukan kerana akhbar The Star, saya mungkin tidak tahu bahawa 22 Februari adalah “World Thinking Day”. Bagaimanapun, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika hari berkenaan tidak menjadi sebutan dan tidak diraikan di Malaysia. Tambahan pula, bukankah kita lebih sibuk mempersoalkan sambutan “Valentine’s Day” tahun demi tahun? Apa perlunya hari untuk berfikir!
Berita di halaman W44 menyatakan, “Tabacco companies knowingly sold dangerous product and hid risks from the public”. Kalau saya diberi kuasa, saya akan menambah perkataan “stupid” sebelum “public”!
Apapun, tajuk bagi berita di atas adalah: “Smoker’s Widow Gets RM28 mil”. Pasti sahaja suatu rangsangan kepada perokok tegar!
Gelas bukan sebarang gelas,
Gelas daripada intan berkaca;
Ulas bukan sebarang ulas,
Niat pupuk minat membaca.