Pada zaman dahulu, semasa di Darjah 1, 2 & 3, berikut cita-cita yang saya nyatakan apabila ditanya oleh guru untuk diisi pada suatu borang:1) Lawyer
2) Polis
3) Doktor
Terus-terang, semasa di Darjah 1, saya tidak tahu pun apakah bidang kerja “lawyer”; malah tidak tahu bahawa nama profesion itu dalam Bahasa Malaysia adalah “peguam”.
Sebaliknya, saya hanya mengulang senarai yang diajar kepada saya oleh adik-beradik dalam keluarga: Cita-cita saya adalah “lawyer” atau “polis” atau “doktor”.
Penggunaan istilah “cita-cita” sebenarnya tidak tepat. Sepatutnya “kerjaya” – atau memandangkan Bahasa Malaysia dilihat sebagai tidak lengkap tanpa Bahasa Inggeris, “profesion”.
Saya percaya, murid-murid pada masa sekarang masih diminta menyenaraikan tiga “cita-cita”.
Cita-cita Devishi Prabha Sankari yang berusia 7 tahun adalah:
1) Menjadi seorang doktor dan membuka sebuah klinik sendiri
DAN
2) Menjadi seorang jurutari dan membuka studio tarian sendiri
DAN
3) Menjadi penyunting berita sambilan di RTM.
haha.. Tau tak senarai cita2 saya dulu?
ReplyDelete1. Artis (penyanyi dan pelakon seperti ogy ahmad daud)
2. Bos (tak ckp pula bos kpd apa dan sapa)
3. Orang kaya berniaga. (Haha tang ni mmg lawak sbb tak tau juga nak berniaga apa sampai jadi kaya )
Nampaknya, cita2 saya adala sikit yg kena tapi tak kaya2 pun di no3. No 1 tu lari juga walaupun bidang broadcasting tetap dirasa.
-Nazira Noran
http://www.nazira.biz/