Monday, 16 February 2009

x Kali Ditanya

x kali ditanya bagaimana saya boleh menguasai bahasa tertentu — sedangkan pada hakikatnya, bahasa berkenaan adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

x kali ditanya mengapa tidak memeluk agama tertentu memandangkan saya ada pengetahuan mendalam mengenai agama itu — sedangkan pada hakikatnya, saya juga ada pengetahuan mendalam mengenai beberapa agama lain.

x kali ditanya mengapa saya bertegas menggunakan istilah “Bahasa Malaysia” — sedangkan pada hakikatnya, istilah itu memang wujud dan sah digunakan.

Nota: Dalam budaya SMS, simbol “x” mungkin membawa makna “tidak” tetapi penggunaan “x” di sini adalah mengikut hukum matematik.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!