Nama sekolah saya adalah SRK Convent Aulong, Taiping. Memang ramai yang hairan mengapa saya belajar di sebuah convent. Sebenarnya, ia sebuah sekolah campur. Cuma namanya masih kekal sebagai convent sehingga kini.
Di sekolah itulah saya mula terlibat dalam pelbagai aktiviti yang tidak berorientasikan peperiksaan. Saya masih ingat lagu “Drunken Sailor” yang saya nyanyikan bersama-sama Sakthivel, Tarmizi, Rohaizat, Sakrapani dan Surendran sempena program persembahan murid.
Semasa di Darjah Enam, saya diberi kepercayaan menjadi pengacara majlis bagi Hari Penyampaian Hadiah. Walaupun secara fizikal, saya dikategorikan sebagai terlalu kurus dan bersaiz kecil, guru-guru menyedari bakat dan penguasaan bahasa yang saya miliki. Antara guru yang saya maksudkan ialah Neo Kee Boon dan Hajah Fadilah.
Saya menganggap segala aktiviti bahasa, sastera, persatuan, permainan dan semuanya sebagai aktiviti yang menyeronokkan. Minda saya tidak berorientasikan peperiksaan. Saya amat rajin membaca buku cerita di perpustakaan kecil di sekolah. Imaginasi dan daya kreativiti saya terus berkembang bersama-sama pembacaan ini.
Semuanya saya lakukan kerana minat terhadap bahasa dan ilmu. Semuanya saya lakukan tanpa dipaksa; tanpa disuruh. Mungkin sebab itulah juga segala ilmu dan pengalaman yang ditimba seawal sekolah rendah masih kekal dalam minda!
(Petikan cerpen yang disiarkan dalam majalah Dewan Siswa, Mac 2007)