Sunday, 22 February 2009

Allahyarham Dr Othman Puteh (5 Jan 1944 -19 Okt 2003)

Sewaktu Kavyan merancang untuk mengadakan acara Baca Cerpen Kavyan pada 29 Ogos – 2 September 2003 bagi mencatat rekod baca cerpen berterusan dalam The Malaysia Book of Records, urus setia sebulat suara menyokong supaya Pak Haji Othman diberi penghormatan membaca cerpen pertama.

Terdahulu, pada tahun 2001, saya bertanya kepada Allahyarham mengapa beliau tidak mengambil bahagian dalam Ratib Seribu Syair anjuran GAPENA pada 2-3 November 2001.

“Saya bukan penulis puisi,” jawab beliau sambil tersenyum. “Lainlah kalau baca cerpen. Tapi, adakah orang nak buat acara baca cerpen?”

Lalu, apabila saya mempelawa Pak Haji Othman untuk menyertai Baca Cerpen Kavyan, beliau tidak ada alasan untuk menolak. Malah, saya percaya, beliau menerima undangan itu dengan gembira. Dua cerpen yang dibacakan pada acara berkenaan adalah “Guruh” dan “Ario”. - BACA CATATAN LANJUT DI SINI

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!