1. Taklimat Kelab Membaca Sinar Pintar ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Kota Damansara pada 14 Februari 2009 (Sabtu), 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari sempena Pelancaran Kelab Membaca Sinar Pintar.
2. Sekitar 500 murid Tahun 4, 5 dan 6 menghadiri taklimat yang berlangsung di Dewan Harmoni SKS7KD.
3. Penyelaras projek, Roslan Zakaria yang juga merupakan Guru Perpustakaan dan Media bertindak sebagai pengacara majlis, manakala Khairun Nisak Hashim yang merupakan salah seorang Mentor Kelab Membaca Sinar Pintar bertindak sebagai Pengarah Projek.
4. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti nyanyian lagu Membaca Gaya Wawasan.
5. Guru Besar, Hajah Jamilah Darman dalam ucapannya melahirkan harapan agar murid-murid memanfaatkan sesi taklimat yang diadakan dan seterusnya mendapat manfaat melalui Kelab Membaca Sinar Pintar.
6. Uthaya Sankar SB selaku penceramah mengingatkan bahawa majlis pada hari ini amat istimewa kerana tarikh 14 Februari adalah Hari Kasih Sayang; dan murid-murid wajar menggunakan sambutan ini untuk mencintai ilmu dan buku.
7. Taklimat oleh Fasilitator Kelab Membaca Sinar Pintar, Uthaya Sankar SB mengenai segala perkara berkaitan kelab berkenaan dengan bantuan slaid Power Point. Penjelasan dan taklimat yang diberikana adalah cukup menyeluruh dan membantu para hadirin memahami sepenuhnya objektif, gerak kerja, pengisian dan perkara-perkara lain berkaitan Kelab Membaca Sinar Pintar.
8. Uthaya Sankar SB menyatakan bahawa murid-murid serta guru-guru SKS7KD amat bertuah kerana Khairun Nisak Hashim merupakan seorang Mentor Kelab Membaca Sinar Pintar dan boleh menjadi tempat rujukan.
9. Seramai 234 murid mengisi dan menyerahkan borang untuk menjadi Ahli Kelab Membaca Sinar Pintar.
10. Cabutan bertuah dibuat menggunakan borang Ahli yang sudah diserahkan. Hadiah-hadiah yang diberikan adalah buku nota, pensel, pen dan pemegang kunci Perpustakaan Negara Malaysia.
11. Bunting Kelab Membaca Sinar Pintar dan Kempen Membaca turut diserahkan untuk dipaparkan di SKS7KD.
12. Secara keseluruhan, taklimat yang diadakan berjaya mempromosi Kelab Membaca Sinar Pintar kepada murid-murid dan guru-guru SKS7KD.
13. Foto dimuatkan di Facebook.